Skip to main content
Berita UtaraHomeKedahViral

Kedah Johan Pidato 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2016

By 31 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Muhammad Rizal Redzuan

SUNGAI PETANI,  31 Julai  (Malaysiaaktif) –  Peserta dari Kedah, Mohamad Anas Osman muncul sebagai Johan Pidato 1Malaysia di sini hari ini. Beliau membawa pulang  wang tunai RM3,000, piala pusingan, piala ringan dan sijil penyertaan..

Tajuk yang dibawanya, iaitu  ‘Bajet Tahunan Persekutuan Berpaksikan Rakyat’ menyerlahkan apa yang paling penting dalam penyampainya melalui keunikan penggunaan bahasa yang mudah menyentuh penonton.

Menurut Anas, walaupun tajuk yang pilih berat dan panjang, namun beliau berusaha memilih isi paling penting kepada rakyat dan disampaikan secara santai dalam masa 13 minit seperti yang ditetapkan.

Sementara itu, Naib Johan yang mewakili negeri Terengganu, Anis Hazirah Zakaria berkata langkah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) menetapkan tajuk berhubung isu-isu semasa yang relevan dengan rakyat untuk disampaikan dalam format ‘TED Talk’ amat bersesuaian.

Menurut beliau, ini kerana selain memerlukan peserta mendalami tajuk, ia juga menjadi platform JaPen menyebarluaskan dasar-dasar kerajaan yang disampaikan oleh rakyat kepada rakyat.

Beliau memilih tajuk tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Anis membawa pulangRM2,000, piala iringan serta sijil penyertaan.

Peserta dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Rafee Mohamad dengan tajuk Perpaduan Perpaduan Teras Utama Dasar Negara mendapat tempat ketika. Beliau menerima menerima RM1,000, piala iringandan sijil penyertaan.

 

83dffb2e-7b38-4928-abe8-7d9a59d64a3f

 

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman dalam ucapan aluannya berkata majlis yang diadakan ini adalah pembuka tirai sambutan bulan kemerdekaan yang akan berlangsung di Tawau, Sabah pada 6 Ogos ini.

Ibrahim berkata seramai 554 orang peserta mengambil bahagian dalam acara Pidato 1Malaysia yang merangkumi peringkat daerah hingga ke peringkat akhir kebangsaan pada hari ini. Peserta terdiri daripada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), Pegawai Undang-Undang, guru, mahasiswa, usahawan dan lain-lain daripada pelbagai kaum.

Pertandingan yang bertemakan Malaysia SehatisSejiwa sempena Sambutan Bulan Kebangsaan ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Jailani Johari di Dewan Perdana UITM Cawangan Kedah, Merbok.

Bagi tempat Ketiga, pemenang menerima RM1,000.00, Piala Iringandan sijil Penyertaan. 12 peserta lain menerima saguhati, RM500.00, Piala Iringan dan Sijil Penyertaan.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda