Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantanViral

Bahang Merdeka Makin Dirasai Di Kota Bharu

By 16 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Khairunnisa Ismail (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 16 Ogos (Malaysiaaktif) – Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang dan Pelancaran Perasmian Pameran Kemerdekaan #Sehati Sejiwa peringkat Negeri Kelantan diadakan perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu hari ini.

Ia bertujuan membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam ucapan perasmian Majlis menegaskan betapa pentingnya menyintai negara dan bendera Malaysia.

“Sesungguhnya kempen ini akan menyemarakkan lagi semangat patriotik dan menggelorakan lagi rasa cinta pada negara,” ujarnya.

Dalam Majlis tersebut, Ahmad turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada agensi kerajaan, badan-badan sukarela dan bukan kerajaan serta pasukan beruniform.

IMG-20160816-WA0037

 

Antara yang hadir, Ahmad Rasydan Mohd Rani, 23, berkata beliau sangat teruja dengan kempen Kibarkan Jalur Gemilang yang dilancarkan pada hari ini dan tidak sabar untuk menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2016 kelak.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kempen kibar Jalur Gemilang ini diadakan untuk dijadikan platform terbaik untuk membuktikan semangat dan kecintaan kepada negara.

“Jalur Gemilang merupakan maruah negara,panji-panji ini perlu dijaga sebaik mungkin dan Ibu Bapa perlu mendidik anak-anak daripada kecil dengan menyemai sayangkan negara”.

Tambahnya lagi, beliau menyeru agar bersama-sama kibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan Kemerdekaan ini.

-MRR

Tinggalkan komen anda