Skip to main content
Berita TempatanNegeri SembilanViral

Tiada Perubahan Kerusi Mic Di Negeri Sembilan

By 16 Ogos 2016Ogos 18th, 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Ramasamy Amas (Jempol)

SEREMBAN, 16 Ogos 2016 (Malaysiaaktif) – Tiada sebarang perubahan kerusi kepada MIC di Negeri Sembilan, itu jaminan Menteri Besar Negeri Sembilan Haji Mohammad bin Haji Hasan ketika merasmikan majlis ulang tahun ke 70 penubuhan MIC Peringkat Negeri Sembilan di dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) malam semalam.

Beliau berkata, Presiden MIC Kebangsaan Dr. S.Subramaniam yang juga merangkap Menteri Kesihatan telah berjaya memulihkan penyakit melanda MIC sekian lama dan kini berada di landasan yang betul serta kukuh dan kuat.

Tambah beliau lagi jentera MIC negeri perlu bergerak aktif untuk menawan kembali kerusi yang tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 iaitu Parlimen Teluk Kemang dan DUN Port Dickson.

Beliau menyarankan agar Jentera MIC turun padang mengenal pasti masalah pengundi kawasan dan memenangi hati pengundi.

Beliau juga menekankan bahawa perbalahan sesama MIC perlu dielakkan segera dan bersatu kembali untuk mencapai agenda MIC membela masyarakat India di bidang pendidikan dan sosial ekonomi. Beliau berjanji akan sentiasa membantu masyarakat India khususnya di Negeri Sembilan.

Sebelum itu Presiden MIC kebangsaan Dr. S.Subramaniam menyarankan supaya semua Parti Komponen BN termasuk UMNO, MCA, MIC perlu bergerak sebagai satu Pasukan untuk menghadapi Pilihan raya yang ke 14 akan datang.

Beliau menambah, program dan gerak kerja yang berasingan sesama Parti tidak relevan lagi buat masa kini umpama Program Parti UMNO untuk UMNO sahaja, begitu juga program MCA, MIC untuk parti masing -masing sahaja .

Majlis yang dihadiri lebih kurang 1000 orang pemimpin MIC. Turut hadir ialah Timbalan Presiden MIC dan juga Merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri SK. Devamani, Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan, Setiausaha Agung MIC Kebangsaan Saktivel, Ketua wanita MIC kebangsaan Mohana Muniandy, Ketua Pemuda MIC kebangsaan Sivaraj dan Pemimpin –Pemimpin Parti Komponen BN Peringkat Negeri Sembilan.

Kemuncak majlis turut memberi penghargaan kepada mantan pemimpin –pemimpin MIC Peringkat Negeri Sembilan yang telah mencurahkan jasa dan bakti kepada pembangunan parti MIC, L. Manickam selaku Ketua Perhubungan MIC Negeri Sembilan Merangkap Exco kerajaan Negeri Sembilan telah melaksanakan program sambutan 70 tahun penubuhan MIC peringkat Negeri dengan jayanya.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda