Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaViral

EAIC – Tahanan Mati Akibat Kekerasan Fizikal

By 19 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 19 Ogos (Malaysiaktif) – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati kematian tahanan Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur pada 3 Nov 2014 adalah akibat daripada penggunaan kekerasan secara fizikal oleh pihak polis.

EAIC menyambut baik pendakwaan jenayah oleh Jabatan Peguam Negara terhadap tiga anggota polis yang terlibat dalam kes kematian tahanan semasa dalam tahanan di Balai Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kota Tinggi, Johor.

Pengerusi EAIC, Datuk Yaacob Md Sam dalam kenyataan medianya menyebut, selaras dengan peruntukan seksyen 30(1)(c) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700], EAIC telah mengesyorkan kepada Peguam Negara bagi pendakwaan jenayah dibawa terhadap pegawai dan anggota polis yang didapati telah melakukan salah laku bersifat kesalahan jenayah.

Ketiga-tiga anggota tersebut telah dituduh di bawah seksyen 304(b) Kanun Keseksaan dan kes tersebut telah dipanggil di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi pada 16 Ogos 2016 dan disambung bicara pada 17 Ogos 2016.

Bagi pertuduhan ini, jika disabitkan kesalahan, ketiga-tiga anggota tersebut boleh dijatuhkan hukuman penjara hingga 10 tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan ini juga EAIC turut mengalu-alukan Pihak Berkuasa Tatatertib, PDRM untuk mengambil tindakan tatatatertib terhadap pegawai dan anggota-anggota yang telah dikenalpasti melakukan perbuatan salah laku di bawah seksyen 24 Akta 700 ini.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda