Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorViral

Ops Cantas: Dua Suspek Mati Ditembak Di Kepong

By 19 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Mohd Zaid Awang / Foto: Sinar Harian

SELAYANG, 19 Ogos (Malaysiaaktif) – Polis Selangor mengumumkan satu lagi kejayaan mereka dalam Ops Cantas apabila berjaya menembak mati dua suspek dalam kejadian kejar mengejar dan berbalas tembakan berhampiran Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, operasi yang dijalankan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak pada pukul 4.00 pagi itu terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Waja dalam keadaan mencurigakan.

“Pihak kami terpaksa menghalang kereta suspek menyebabkan ia terbabas dan melanggar sebatang pokok”, ujar beliau.

Dua lelaki berusia lingkungan usia 20-an telah keluar dari kereta dan berlaku berbalas tembakan dengan pihak polis menyebabkan beberapa das mengenai suspek.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai 2 laras pistol, 11 peket plastik dipercayai dadah dan 9 telefon bimbit”, katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa polis akan meneruskan siasatan untuk mengenalpasti penglibatan suspek dalam gangsterisme dan pengedaran dadah berhubung beberapa kes tembakan di sekitar Lembah Kelang, terutama di Selangor.

“Kedua-dua suspek dipercayai terlibat dalam empat kes pembunuhan pada tahun ini, iaitu dua kes di Batu Caves dan juga Kajang, Sepang serta Jinjang”, tambah beliau semasa sidang media yang diadakan di lokasi kejadian pagi tadi.

Mayat suspek dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

-DK/AAS

Tinggalkan komen anda