Skip to main content
Berita TempatanTerengganuViral

Kempen Kehidupan Lestari Elak Kemalangan Elektrik

By 2 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh : Puteri Mastasyhia Zuleha / Nik Awang Yaacob  (Setiu)

SETIU, 2 Ogos (Malaysiaktif) – Pendidikan awal berhubung keselamatan penggunaan elektrik secara selamat mampu mengelakkan kecuaian yang boleh melibatkan kemalangan elektrik.

Justeru itu, pendekatan yang mensasarkan golongan guru dan pelajar sekolah sebagai peserta kempen adalah bertepatan kerana kumpulan ini merupakan pengguna premier yang mudah terdedah kepada risiko-risiko kemalangan akibat kecuaian.

Ahli Parlimen Setiu, Che Mohamad Zulkifli Jusoh berkata, kesedaran perlunya pendekatan penggunaan elektrik secara selamat, adalah elemen penting yang harus diambil serius oleh semua pihak.

Kempen diadakan mampu memberi kesedaran pentingnya penggunaan elektrik selamat

Kempen diadakan mampu memberi kesedaran pentingnya penggunaan elektrik selamat

Menurutnya,  Kempen Kehidupan Lestari yang dianjurkan Tenaga nasional Berhad (TNB) merupakan platfom yang terbaik untuk masyarakat agar lebih peka terhadap penggunaan tenaga elektrik yang selamat.

“Harapan saya, agar pihak guru dan pelajar amnya dapat manfaatkan peluang dalam kempen ini sebagai landsan dalam merancakkan kempen keselamatan penggunaan elektrik”.  Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kempen Kehidupan Lestari Peringkat Negeri Terengganu anjuran TNB di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu, di sini, siang tadi.

Hadir sama dalam majlis ini ialah  Pengarah Kawasan Suruhanjaya Tenaga, Negeri Kelantan & Terengganu, Hajah Nora Ab. Ghani, Pegawai Pendidikan Daerah Setiu, Tuan Haji Kipayatu Allah Dato’ Mohd Said, serta Pengurus Besar, Jabatan Senggaraan Aset, Bahagian Penghantaran, Tenaga Nasional Berhad, Ir. Hj Jeslee B. Mohamed.

Haji Jaslee Mohamed berkata “Kempen ini melibatkan sesi ceramah, pameran keselamatan dan acara- acara berkaitan kesedaran keselamatan elektrik.

Apa yang dilakukan TNB merupakan tanggungjawab korporat kepada masyarakat agar lebih peka terhadap penggunaan elektrik yang selamat di samping menyalurkan maklumat berkaitan asas keselamatan elektrik di rumah dan aktiviti berbahaya berhampiran talian voltan tinggi”, ujar beliau lagi.

Kempen yang bermula sejak tahun 2008 itu, buat julung kalinya menfokuskan sasaran kepada pelajar-pelajar sekolah. Seramai 300 terdiri daripada pelajar dan guru pengiring di seluruh Pejabat Pendidikan Daerah Setiu Terengganu dipilih untuk menyertai kempen kali ini.

 

-SH

Tinggalkan komen anda