Skip to main content
Berita TempatanSabah

Pakar Geriatrik Diperluas ke Semua Hospital – Musa

By 5 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh: Mohamad Shahriz/ Nur Effa Maruf dan Ahmad Marif (Sabah)

KOTA KINABALU, 5 Ogos (Malaysiaktif) – Kerajaan Negeri berusaha melahirkan lebih ramai pakar geriatrik pada masa akan datang dan diperluas di semua hospital negeri ini.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian yang serius terhadap usaha-usaha bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat di seluruh negeri termasuk golongan warga emas.

“Pakar geriatrik bagi mengendalikan perawatan warga emas seluruh negara perlu ditingkatkan memandangkan bilangan warga emas semakin bertambah berikutan peningkatan ekonomi dan kesihatan penduduk di negara.

“Justeru, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Unit Geriatrik, HQE dan persatuan perubatan geriatrik Malaysia menganjurkan Persidangan Geriatrik Kebangsaan kali ke-12 diadakan julung-julung kali di negeri ini.

“Bagi memberi pendedahan dan peningkatan pengetahuan kepada kakitangan perubatan dalam mengendalikan perawatan warga emas.

Teks ucapannya dibacakan Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Teo Chee Kang semasa merasmikan Persidangan Geriatrik Kebangsaan ke-12 di salah satu hotel terkemuka, semalam.

Teo berkata, seramai 400 peserta terdiri dari doktor-doktor pakar dan jururawat dari seluruh Malaysia menyertai persidangan berkenaan.

Selain itu, delegasi dari United States of Amerika (US), United Kingdom (UK), Australia, Pakistan dan Singapura yang menyertai konferen tersebut berpeluang menikmati keindahan negeri di bawah bayu ini.?

Turut hadir, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Datuk Nancy Ho dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Christina Rundi

SF

Tinggalkan komen anda