Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Pelajar ?Teruja, Seronok Jayakan Pelancaran Bulan Kebangsaan

By 5 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh:?Yahya Abdul Rajak & Jeffren Malaning(Sabah)

TAWAU, 5 Ogos (Malaysiaktif) –?Teruja, seronok dan gembira jelas kelihatan pada raut wajah seramai 20 para pelajar dari Sekolah Kebangsaan Holy Trinity yang terlibat menjayakan Majlis Pelancaran Hari Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2016, petang semalam.

Syafikah Masliana Masri, 6, meluahkan rasa keterujaan dan amat seronok kerana terpilih mewakili sekolah, memeriahkan pelancaran hari kebangsaan, lebih-lebih lagi dilaksanakan di daerah kelahirannya.

“Rasa cukup gembira sebab terpilih membuat persembahan pada Hari Kebangsaan nanti bersama kawan-kawan sekolah,” katanya ketika ditemu bual Malaysia Aktif sebelum sesi raptai bermula.

image
Guru pengiring, Lailan Said berkata seramai 10 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan dari sekolah terbabit, terlibat menjayakan majlis pelancaran ini.

“Kesemua pelajar ini adalah daripada Kelab Anak-anak Tunas Kebudayaan sekolah terbabit dan terdapat sebahagian daripada pelajar berkenaan baru pertama kali terlibat dalam acara rasmi di peringkat kebangsaan.

Tambahnya lagi, kelab ini sering menerima pelbagai jemputan mengadakan persembahan tarian sama ada di peringkat daerah atau negeri, namun kali ini lebih berbeza kerana persembahan mereka ditonton oleh individu yang mengenali mereka seperti ibu bapa, sanak-saudara dan ini memberi keterujaan kepada diri mereka.

Jurulatih seni tari, Muhammad zulhan menjelaskan sempena majlis ini para pelajar terbabit akan mempersembahkan dua jenis tarian iaitu tarian jalur gemilang dan sambut tamu semasa hari berkenaan.

Penglibatan para pelajar ini amat baik dalam memberi impak positif kepada pembentukan keperibadian dan keyakinan mereka selain sebagai perangsang kepada kanak-kanak seusia mereka untuk bersama melahirkan semangat patriotik cinta akan negara dalam kalangan generasi hari ini.

Muhammad turut memuji semangat yang ditunjukkan oleh para pelajar ini kerana terus memberikan komitmen terbaik sepanjang sesi raptai ini yang bermula seawal 4.00 petang hingga lewat malam sekitar 11.00 malam

SF

Tinggalkan komen anda