Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pangsapuri Kos Sederhana Rendah Butterworth Utama Warga Setempat

By 10 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Hanafi Sariman, Ibrahim Hashim & Zaini Dollah (Butterworth)

BUTTERWORTH, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Proses pemilikan dan penentuan harga rumah Pangsapuri Kos Sederhana Rendah milik Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHARI) akan ditentukan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) melalui mesyuarat yang akan diadakan pada 11 Ogos ini.

Menurut pihak MAINPP, harga yang akan dicadangkan adalah dibawah harga pasaran semasa.

Projek yang bernilai RM38,223,500.68 ini mempunyai 152 unit kediaman secara keseluruhan, 120 unit di Blok A dan 32 unit di Blok B.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Ayer Tawar, Datuk Jahara Hamid berkata, projek sebegini amat dinanti-nantikan oleh penduduk setempat yang kurang berkemampuan dan masih belum mempunyai rumah kediaman sendiri.

Tambahnya, projek ini diharap dapat membantu mereka untuk memiliki rumah dan keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan.

WhatsApp Image 2016-08-08 at 8.45.22 PM

Sementara itu, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, terdapat banyak tanah wakaf di Pulau Pinang yang digalakkan untuk pembinaan projek-projek perumahan mampu milik bagi membantu pemilikan rumah oleh orang-orang Islam.

Mengulas mengenai kelewatan pihak pemaju menyiapkan projek yang dijadualkan siap pada 16 Mac lalu, Zainal berkata pihaknya akan sentiasa memantau projek seperti ini bagi supaya masalah sedemikian tidak berulang lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita, ketika mengadakan lawatan kerja ke tapak projek berkenaan.

– AH

Tinggalkan komen anda