Skip to main content
Berita TempatanSabah

Pemilik, ?Wakil Boleh Perbaharui Lesen Kenderaan-KP JPJ

By 13 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Muhammad Khairul Azad Yunus & Gimpas @James Ghani (Sabah)

KOTA KINABALU, 13 Ogos (Malaysiaktif) Pemilik kenderaan atau wakil boleh memperbaharu lesen kenderaan motor dan tidak memerlukan pengesahan biometrik seperti yang diviralkan dalam media sosial.

Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Nadzri Siron mengesahkan maklumat yang menyatakan pemilik kenderaan wajib hadir dan perlu membuat pengesahan biometrik untuk urusan pembaharuan lesen kenderaan motor adalah tidak benar.

“Peraturan sedia ada masih berkuat kuasa dan pihak ketiga hanya perlu membawa kad kebenaran sebagai bukti mewakili pemilik kenderaan untuk memperbaharu lesen kenderaan di JPJ.

“Kita harap masyarakat tidak terkeliru dengan maklumat palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menyusahkan pengguna di luar sana,” katanya semasa ditemui media selepas membuat kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Dr Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin di Istana Negeri, semalam.

Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Nadzri Siron ketika membuat kunjungan hormat  terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Dr Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin di Istana Negeri, semalam.

Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Nadzri Siron ketika membuat kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Dr Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin di Istana Negeri, semalam.

Menurutnya, mulai 1 September ini mana-mana kenderaan yang memperbaharu lesen kenderaan motor akan dikeluarkan sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) baharu bagi menggantikan Perakuan Pendaftaran Kenderaan (Geran) sedia ada.

“Penggantian geran kepada VOC juga akan dibuat dalam urusan pindaan atau pembetulan rekod kenderaan yang belum pernah mendapat VOC.

“Bagi kenderaan yang telah mendapat VOC, JPJ mengeluarkan salinan VOC baru atas permintaan pemilik jika berlaku sebarang pembetulan rekod kenderaan,” jelasnya yang dilantik menjadi Ketua Pengarah JPJ baharu pada 16 Jun 2016 bagi menggantikan Datuk Seri Ismail Ahmad.

Tambahnya, pada kunjungan hormat tersebut Tun Juhar menasihatkan agar JPJ melaksanakan tugas dengan penuh bertanggungjawab dan amanah.

SF

Tinggalkan komen anda