Skip to main content
Berita TempatanLabuanSabahViralWilayah Persekutuan

Perpaduan Menggelorakan Semangat Sehati Sejiwa

By 8 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh : Mohammad Nazeeb Hj. Ali / Iswandi Ismail

 

LABUAN, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Sebulan sudah berlalu syawal, namun kemeriahannya masih terasa di Kampung Batu Arang Labuan hari ini apabila satu majlis “Aidilfitri Penyemarak Perpaduan” di adakan di perkarangan Surau Nur Hidayah Kampung Batu Arang.

30 orang yang terdiri daripada golongan asnaf, warga emas dan golongan kurang berkemampuan (OKU) menerima sumbangan duit raya daripada Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Bin Datuk Hj. Isli di dalam majlis tersebut.

Rozman turut menyampaikan sumbangan “Kit Urban Farming” yang berupa baja, alatan pertanian daripada Jabatan Pertanian Labuan kepada penduduk kampung yang di pilih.

“Walaupun syawal sudah berlalu, namun bukan penghalang untuk kami menganjurkan program seperti ini kerana objektif kami adalah untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan terutamanya penduduk di Kampung Batu Arang ini. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara penduduk kampung yang terdiri daripada pelbagai kaum” ujar Ketua Kampung Batu Arang,Merangkap Pengerusi Komuniti 1 Malaysia Zon 6 Labuan, Mazlan Datuk Mohd Din.

WhatsApp Image 2016-08-07 at 14.48.24

Majlis anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Batu Arang dengan kerjasama Komuniti 1 Malaysia Labuan, Persatuan Pengimport Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) dan Rukun Tetangga Kampung Batu Arang tersebut turut diserikan dengan persembahan tarian daripada kanak – kanak tadika Wong Wo Lo dan persembahan lagu Hari Raya instrumental Kuling Tangan Daripada pelajar – Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Rancha – Rancha.

Program ini merupakan program tahunan bagi JKKK Kampung Batu Arang di mana pengisiannya adalah penyampaian sumbangan duit raya kepada golongan asnaf, warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU).

Mrr

Tinggalkan komen anda