Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

79 Orang Bakal Haji Permatang Pauh Dirai

By 8 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Mohd Zahari Zakaria (Permatang Pauh)

PERMATANG PAUH, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Musim haji pada tahun ini telah tiba dan pelbagai persiapan rancak dilakukan oleh bakal-bakal haji yang akan menjadi tetamu Allah untuk ke Tanah Suci.

Semalam, seramai 79 orang bakal Haji dari Parlimen Permatang Pauh, telah dirai dalam satu majlis yang telah diadakan di Surau Tuan Haji Hashim Kampung Tanjung Putus, di sini.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said yang turut hadir berkata jumlah jemaah haji semakin meningkat dari tahun ke tahun kerana mendapat permohonan yang tinggi.

“Kepada yang telah terpilih, bersyukurlah kerana diberikan peluang untuk mengerjakan Haji dan menjadi tetamu Allah… Semoga semua bakal Haji memperolehi Haji yang mabrur yang mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT,” katanya lagi.

Zaidi berharap semua jemaah Haji yang pergi ke Tanah Suci akan selamat sampai dan selamat pulang ke tanah air.

Majlis ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau Tuan Haji Hashim dengan kerjasama Komuniti 1Malaysia Kampung Tanjung Putus dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Tanjung Putus, Sungai Sintok.

Dalam pada itu, majlis turut dimeriahkan dengan Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di perkarangan surau dengan yang dihadiri lebih 300 penduduk setempat.

– AH

Tinggalkan komen anda