Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Tidak Mahu Seperti Katak Di Bawah Tempurung – Atlet Perak

By 8 Ogos 2016Ogos 10th, 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohd Baharruddin Mohamad/Foto: Mohammad Razali Ihi

KUCHING, 8 Ogos (Malaysiaktif)- “Cacat bukan sebagai ukuran bagi manusia yang tidak memahami keadaan kami. Kami boleh juga buat seperti orang lain buat.”

Demikian kata Shamsul bin Abdullah, 34 atlet Ping-Pong Perak yang beraksi dalam Sukan Paralimpiad XVIII Sarawak 2016.

Shamsul yang berasal dari Sri Manjong, Perak merupakan anak keempat daripada lapan adik-beradik yang mengalami cacat polio atau dinamakan cacat masalah tulang belakang sejak lahir.
image

 

“Walaupun cacat begini, saya tidak mahu dianggap oleh masyarakat seperti katak di bawah tempurung. Saya boleh bersukan dan boleh buat yang saya mampu dalam apa-apa jua kerja,” kata Shamsul semasa ditemui selepas bermain dalam kategori kelas 1-5 perseorangan Ping-Pong di sini hari ini.

“Saya baru sahaja mendapat pingat gangsa bagi kategori Double Open dan akan turun bagi suku akhir bagi kategori Individu esok”, jelas Shamsul yang mewakili Perak untuk kali kedua dalam Sukan Paralimpiad.

Shamsul mewakili Perak buat kali pertama dalam Sukan Paralimpiad pada 2014 di Perlis telah meraih dua pingat perak bagi kategori Individu dan Double manakala dua pingat gangsa bagi kategori Double Open dan Berpasukan.

“Pada Oktober 2016 nanti, saya akan mewakili Perak bagi Sukan Paralimpiad Terbuka Perak dan kali ini impian saya agar mendapat pingat emas bagi kategori Double Kelas 1-4,” ujarnya.

image

 

Menurut jurulatihnya, Mohd Azmi Mohamad yang berasal dari Kelantan namun bekerja di Perak, Shamsul dilatih selama sejam tiap-tiap hari sebelum menjelangnya Paralimpiad ini.

“Shamsul ini perwatakannya lebih ceria dengan kawan-kawan, mudah diajar dan mudah mengikut arahan.

“Prestasi Shamsul semakin meningkat dan sangat ketara dari hari ke hari kerana dia sendiri minat dalam sukan ini serta mempunyai motivasi tinggi,” jelasnya.

 

-SF

Tinggalkan komen anda