Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Peruntukan RM1 Juta Bagi Program Baiti Jannati

By 19 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh : Herman Hamid (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR 19 Ogos (Malaysiaaktif) –  “Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui ‘Program Baiti Jannati’ memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada penyewa-penyewa Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang layak”.

Demikian menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Majlis Penyerahan Sumbangan Khas kepada Golongan Asnaf dan Program Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad di Dewan Perdana Keramat Mall Kampung Datuk Keramat Kuala Lumpur, semalam.

“Melalui program ini, sebanyak 23 orang penyewa rumah Projek Perumahan Awam (PPA) Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Perumahan Awam DBKL telah dipilih sebagai penerima iaitu dalam bentuk bantuan pembelian atau melunaskan hutang penyewa atau pembeli rumah”,  tambah beliau.

Di majlis ini juga, sumbangan sebanyak RM42,600 kepada 426 orang asnaf dari pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang berdaftar dalam sistem e-Kasih.

Syarat-syarat penerimaan sumbangan ini adalah mereka yang  beragama Islam dan pendapatan bulanan isi rumah di bawah RM580 sebulan dengan pendapatan per kapita di bawah RM140. Selain itu keutamaan juga diberikan kepada asnaf yang merupakan penduduk PPR dan PA DBKL.

Program ini bertujuan untuk membantu golongan asnaf dan golongan miskin tegar di bandar yang merupakan salah satu dari matlamat utama kerajaan dalam membantu golongan B40.

Selain menjadi medium bagi memperkukuhkan hubungan pihak kerajaan dan badan-badan korporat dengan komuniti asnaf Wilayah Persekutuan menerusi pemberian bantuan.

Majlis penyerahan  ini juga turut di hadiri Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Haji Mohd Amin Nordin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Mohd Sani Mistam dan Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Abdul Rahman.

-DK

Tinggalkan komen anda