Skip to main content
Berita TempatanSabahViral

Ingin Julang Sabah Di Bintang P.Ramlee – Syazwan

By 18 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Nur Effa Maruf & Shahvian Mohd Razali (Sabah)

KOTA KINABALU, 18 Ogos (Malaysiaktif) – Ingin menaikkan semula nama Sabah ke peringkat kebangsaan, itu harapan Juara Pertandingan Akhir Bintang P.Ramlee Zon Sabah 2016, Mohd Syazwan Nizam Matusin, 27, ketika ditemui di Studio TV RTM Sabah, pada Selasa.

Anak jati Beaufort yang mengagumiĀ Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.RamleeĀ itu membawa pulang hadiah wang tunai RM2000, trofi dan sijil penyertaan yang disampaikan Exco Penerangan Negeri, Datuk Sapawi Ahmad.

1

Syazwan ketika membuat persembahan

 

Mendendangkan lagu ‘Tiada Kata Secantik Bahasa’, beliau berkata kejayaan itu mengulang kejayaannya sebagai juara pertandingan yang sama pada 2008, walaupun lagu dipilih melalui cabutan.

Manakala bagi Kategori Pasangan berjaya diraih Sazlianti Misran berasal dari Papar membawa lagu ‘Malam Ku Bermimpi’ dengan hadiah RM1500, trofi dan sijil penyertaan.

2

Sazlianti menyanyikan lagu solo ‘Hilang Terang Timbul Gelap’

 

Mereka berdua akan mewakili Sabah dalam Pertandingan Akhir Bintang P. Ramlee Peringkat Kebangsaan di Kuching, Sarawak, Oktober ini.

Empat peserta akhir yang turut bertanding ialah Misbaria Maidin, Fuad Arjayani Ajad, Mohammad Fauze Diong dan Rafidah Asgali masing-masingĀ menerima saguhati RM700, trofi serta sijil penyertaan.

Kali terakhir Sabah menjuarai pertandingan peringkat kebangsaan adalah pada 2012.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda