Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantanViral

PM Bersama Masyarakat Di Tumpat

By 22 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh : W. Noriza W. Jaafar (Tumpat)

TUMPAT, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Pelbagai masyarakat terdiri daripada Melayu, Cina dan Siam menunggu kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Tumpat di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Batang, di sini setelah kali terakhir kunjungan ialah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, dua tahun yang lalu.

Kehadiran Najib sentiasa dinanti masyarakat setempat

Kehadiran Najib sentiasa dinanti masyarakat setempat

Najib disambut meriah 15,000 penduduk setempat termasuk masyarakat Siam ketika menghadiri Majlis Perdana Menteri Bersama Rakyat dan Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tumpat, di sini.

Najib turut mengumumkan peruntukkan sebanyak RM1 juta diberikan untuk pembangunan masyarakat Siam di sana serta RM4.3 juta lagi untuk pembinaan masjid di daerah Tumpat.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta timbalannya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri.Annuar Musa, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Rosdi Abdul Aziz.

Seorang peserta yang hadir iaitu Hussin Jusoh, 56, dari kampung Delima, berkata, Majlis Perdana Menteri Bersama Rakyat ini amat baik di mana dapat mendekatkan rakyat dengan pemimpin.

Seorang lagi peserta yang hadir iaitu Mohamed Hamat, 61, dari kampung Telok Jering berkata, Majlis Pemimpin Bersama Rakyat ini adalah wajar kerana pemimpin dapat memdengar luahan masalah rakyat dari akar umbi.

Najib turut mengambil kesempatan meluangkan masa menziarahi bekas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Husein Ahmad, 82, di Kampung Lemal, Pasir Mas, selepas selesai majlis.

 

-SH

Tinggalkan komen anda