Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorViral

Seorang Penderma Bantu Empat Pesakit – Pusat Darah Negara

By 21 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Mohd Zaid Awang

GOMBAK, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – “Seorang penderma darah dapat membantu tiga atau empat orang pesakit”.

Demikian jelas Timbalan Pengarah Pusat Darah Negara, Datuk Dr Faraizah Abdul Karim semasa merasmikan Kempen Derma Darah Untuk Tabung Darah Negara di Komplek Muhibah Taman Bolton, Batu Caves, semalam.

Menurut beliau lagi, Pusat Darah Negara memerlukan lebih kurang 700 hingga 800 unit darah setiap hari dan keperluan itu meningkat pada setiap tahun kebelakangan ini.

“Ketika Pusat Darah Negara ditubuhkan pada tahun 2000, hanya 300 unit sahaja keperluan darah diperlukan tetapi selepas 15 tahun, ia telah meningkat sehingga 800 unit sehari”, ujar beliau.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Aspirasi Prihatin Malaysia yang menganjurkan progran ini, Muhammad Rizal Zainuddin berkata, “Kempen derma darah ini merupakan salah satu aktiviti persatuan bagi menunjukkan keprihatinan ahli dan rakyat Malaysia khususnya dalam mendidik orang ramai untuk menderma darah”.

“Masyarakat perlu sedar bahawa keperluan darah amat penting dalam kehidupan terutama untuk Tabung Darah Negara yang akan digunakan untuk pesakit-pesakit di seluruh negara”, ujar beliau.

Beliau juga mahu masyarakat dan ahli persatuan ini menjadikan aktiviti menderma darah sebagai amalan kerana ia boleh menjamin kesihatan diri serta menjalinkan silaturahim sesama ahli.

-DK

Tinggalkan komen anda