Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

[VIDEO] Semangat Patriotik Menerusi Kayuhan Sehati Sejiwa

By 22 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan Foto oleh Azri Zainal Abidin dan Zaharah Ismail (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Kira-kira 5,000 peserta warga kota hadir ke Program ‘Kayuhan Sehati Sejiwa’ di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jalan Raja Laut, di sini semalam.

Program santai secara percuma anjuran bersama DBKL dan ‘Kuala Lumpur (KL) Car Free Morning’ ini bertujuan mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam menggelorakan semangat patriotik masyarakat Malaysia terutamanya menjelang Hari Kebangsaan yang akan disambut pada hujung bulan ini.

 

Kayuhan sepanjang tujuh kilometer ini mendapat sambutan luar biasa dari penduduk sekitar Lembah Klang.

‘KL Car Free Morning’ yang telah dilaksanakan sejak 2014 telah berjaya menarik hampir 150,000 penglibatan pelbagai lapisan masyarakat.

Aktiviti sampingan seperti berjalan kaki, jogging, bermain kasut roda, bermain papan selaju dan berkereta kuda turut diadakan bagi memeriahkan lagi program.

Turut diadakan, ‘The Run For Friendship And Walk For Inclusion’ bagi meraikan masyarakat yang sihat dan kurang upaya bersempena sambutan Hari Persahabatan Sedunia 2016.

 

Acara pelepasan di telah disempurnkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Mohd Salleh Said Keruak.

Turut hadir semasa acara pelepasan tersebut ialah Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman.

 

-DK

Tinggalkan komen anda