Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Program ‘Santai Durian Merdeka’ Eratkan Semangat Kejiranan

By 18 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh : Herman Hamid (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Malaysiaaktif)  – Program ‘Santai Durian Merdeka” yang diadakan di Jalan Raja Alang Kampung Bharu malam tadi berjaya mengeratkan silaturrahim dan menambah semangat  patriotisme dalam kalangan penduduk setempat.

Menurut penggerak program berkenaan, Haji Awang Md Taib yang juga Pengerusi Penjaja dan Peniaga Pasar Chow Kit, “Penduduk Kampug Bharu menyambut kemerdekaan dengan menggunakan pendekatan berbeza setiap tahun tetapi tetap memastikan program tersebut tidak lari dari konsep semangat kejiranan dan patriotisme”.

“Sebelum ini penduduk hanya mengadakan jamuan menggunakan menu seperti nasi, laksa dan pulut. Namun, pada tahun ini, masyarakat setempat di sini sepakat mengadakan jamuan makan durian bagi menyambut bulan Kemerdekaan”, tambah beliau.

Beliau berkata, pihaknya merancang untuk menjadikan program ini sebagai acara tahunan sambutan Hari Kemerdekaan.

Menurutnya, selain mengeratkan hubungan sesama jiran, mereka juga perlu menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat di kawasan ini memandangkan Pasar Chow Kit merupakan pusat tumpuan.

Sementara itu, rakannya,  Ismail Sahat  berkata, dia mencadangkan setiap rumah di  kawasan Kampung Bharu mengibarkan Jalur Gemilang pada sambutan Kemerdekaan  setiap tahun bagi menyemai semangat cintakan Negara dan menghargai pemimpin terdahulu dalam mencapai  Kemerdekaan.

Turut hadir, Menteri Kewangan Kedua merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani dan Pengerusi Perbadanan Kampung Bharu, Datuk Affendi Zahari.

Lebih 500 orang hadir dalam program ini.

-DK

Tinggalkan komen anda