Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Sukan Paralimpiad XVIII – Emas Powerlifting Milik Norfariza

By 9 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohd Baharruddin Mohamad/Foto: Mohammad Razali Ihi (Sarawak)

KUCHING, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – Atlet Sarawak Norfariza Mortadza, 30, memungut pingat emas bagi Sukan Powerlifting kategori 86kg ke bawah pada Sukan Paralimpiad XVIII Sarawak 2016 semalam.

“Pingat yang saya peroleh ini adalah untuk mengharumkan nama Sarawak dan sebagai  rezeki bagi saya,” ujarnya yang cacat anggota kerana patah tulang belakang disebabkan kemalangan sendiri pada 2006.

Norfariza yang berasal dari Piasau Utara, Miri berketurunan Melanau dan bekerja di Jabatan Perangkaan Miri telah kali ketiga mewakili Sarawak dalam Sukan Paralimpiad.

 

image

 

“Pada tahun ini juga saya pernah mewakili Malaysia dalam Asean Para Games di Singapura dan mendapat pingat gangsa. Saya tidak berpuas hati maka dengan itu saya berlatih bersungguh-sungguh sebelum Paralimpiad kali ini agar dapat meraih pingat emas.

“Pada 2014, saya mewakili Sarawak dalam Paralimpiad di Perlis dan saya cuma mendapat pingat perak manakala di Pahang semasa Paralimpiad lepas, saya cuma mendapat pingat perak.

“Dengan izin Allah dan usaha bersungguh-sungguh, maka hari ini saya berjaya memungut pingat emas dalam Paralimpiad 2016.

“Saya akan mewakili Malaysia bagi Sukan Asean Para Games 2017 bertempat di Kuala Lumpur dan impian saya agar dapat pingat emas lagi nanti.

“Pada November 2016, nanti saya akan mewakili Sarawak dalam Sukan Sirkit Powerlifting di Kampung Pandan Kuala Lumpur dan impian saya agar meraih pingat emas juga,” ujar Norfariza yang merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradik.

Menurut jurulatihnya, Mohd Solihin Abdullah, dia melatih Norfariza tiga ke empat kali dalam seminggu di Gym Majlis Sukan Negara, Miri.

 

-SF

Tinggalkan komen anda