Skip to main content
Berita TempatanLabuanViralWilayah Persekutuan

Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan

By 9 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh Mohd Faizal Mansor

LABUAN, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2016 akan diadakan pada 13 Ogos (Sabtu) ini bertempat di Terminal Bas Labuan.

Pagi tadi berlangsung Mesyuarat Induk Jawatankuasa Penganjur Program Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Wilayah Persekutuan 2016 yang dipengerusikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Perbadanan Labuan, Mohd Zamri Mohd Esa.

Menurut beliau, program tersebut akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Labuan merangkap Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Rozman Datuk Haji Isli.

Kata Zamri lagi, dengan penglibatan semua jabatan dan agensi kerajaan dalam menjayakan program tersebut diharapkan ia menjadi pemangkin terhadap dasar kerajaan bagi menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan dalam kalangan masyarakat Labuan.

Antara pengisian program sehari itu, termasuk pengagihan Jalur Gemilang kepada orang ramai, penumpang serta pemandu bas mini, pemandu teksi, pertandingan kuiz kenegaraan, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, dan pameran oleh agensi kerajaan dan pihak swasta.

Sehubungan itu, masyarakat sekitar Wilayah Persekutuan Labuan diseru hadir memeriahkan semangat sehati sejiwa .

Program tersebut yang hasil kerjasama Perbadanan Labuan bersama Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan selaku urusetia.

 

-MRR/AAS

Tinggalkan komen anda