Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Tiga Beranak Sapu Emas dan Perak Powerlifting

By 9 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Mohd Baharruddin Mohamad/Jurufoto: Mohammad Razali Ihi (Sarawak)

KUCHING, 9 Ogos (Malaysiaaktif)- Seorang ayah bersama dua anak lelakinya berjaya meraih pingat serentak bagi acara Powerlifting Sukan Paralimpiad Malaysia XVIII Sarawak 2016 bertempat di Dewan Jubli UiTM Kota Samarahan pagi tadi.

Si ayah, Gustin A/K Jonang, 49 meraih pingat emas bagi kategori tidak melebihi 59kg sementara dua orang anaknya yang bertanding bagi kategori lelaki 72kg, Bryan Junency A/KGustin,19 dan Bonnie Bunyau A/K Gustin, 17 masing-masing memungut pingat emas dan pingat perak.

Gustin yang berasal dari Kampung Baru Mayan Batu, 32, Serian mempunyai tiga orang anak lelaki. Gustin yang bekerja dalam bidang pendawaian elektrik pernah mewakili Sarawak sejak2008 malah pernah mewakili Malaysia dalam kategori Antarabangsa di Bukit Jalil, Asian Para Games dan IPC World di Kuala Lumpur.

Gustin berasa gembira dan bangga sekali kerana mereka berjaya memungut pingat dalam temasya Paralimpiad kali ini.

“Tujuan saya lebih aktif dalam sukan Powerlifting adalah untuk memberi perangsang kepada anak-anak. Di samping itu, saya ingin menjadi jurulatih supaya mereka lebih berminat dalamsukan Powerlifting pada masa akan datang,” jelasnya yang berlatih dua jam sehari selama tiga kali seminggu di rumah.

Tambahnya, Bryan Junency dan Bonnie Bunyau pula berlatih sepenuh masa di Pusat Kementerian Belia dan Sukan seliaan Majlis Sukan Negara.image

Bagi Bryan, dia cukup gembira apabila berjaya membuat angkatan seberat 120kg seterusnya berjaya memungut pingat emas.

“Saya hanya tamat dalam Tingkatan Lima dan ingin berjaya dalam sukan Powerlifting. Saya bercita-cita untuk mengikut jejak langkah Yong Yie Khie hingga ke peringkat lebih tinggi.

“Saya pernah mewakili Sarawak dan Malaysia di peringkat kebangsaan dan Antarabangsa di Kuala Lumpur. Selain itu, saya pernah menyertai Sukan Paralimpiad di Pahang dengan memungut pingat perak pada 2012 dan mengekalkan pingat tersebut pada 2014 di Perlis,” katanya.

Manakala bagi Bonnie Bunyau, 17 dia telah menjadi atlet Paralimpiad sejak 2012 dan jika diberi peluang dia ingin mewakili Sarawak dan Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

Sementara itu, menurut jurulatih, Mohd Shahibullah Ambi tiga beranak ini mempunyai semangat yang besar serta mempunyai disiplin yang tinggi semasa menjalani latihan selain sangat patuh mengikut arahan dan tunjuk ajar.

SF

Tinggalkan komen anda