Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorViral

Syukur Malaysia Dalam Keadaan Aman

By 22 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Sharman a/l Subramaniam (Kuala Selangor)

TANJUNG KARANG, 22 Ogos (Malaysiaaktif) –  “Kita harus bersyukur kerana kita dapat menyambut Hari Kebangsaan dalam keadaan aman hari ini”,

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Hari Kebangsaan dan Semarak Komuniti 1Malaysia bagi Peringkat Negeri Selangor 2016, semalam.

WhatsApp Image 2016-08-22 at 09.54.17 (1)

Menurut beliau, “Perkara ini disebabkan oleh kawalan selamatan yang baik di negara kita, melalui undang-undang yang baru digubal oleh kerajaan, isu keselamatan seperti Islamic State (IS) dan Daesh dapat dikekang”.

Tambah beliau, tema ‘Sehati Sejiwa’ penting kerana ianya mewujudkan perpaduan dan membentuk ramai bangsa Malaysia.

Program anjuran Komuniti 1Malaysia Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Selangor ini merupakan kesinambungan dari Pelancaran Hari Kebangsaan Peringkat Kebangsaan yang telah dilaksanakan di Tawau, Sabah pada 6 Ogos 2015 lalu.

WhatsApp Image 2016-08-22 at 09.54.15

Tan Sri Noh Omar turut memberi sumbangan RM10,000 kepada Komuniti 1Malaysia Negeri Selangor untuk melaksanakan aktiviti tahunan dan melancarkan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang melibatkan 40 unit kenderaan.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Penerangan Malaysia (Penerangan Strategik), Datuk Mohd Sukari Abd Hamid, Pengerusi Permuafakatan Komuniti 1Malaysia Negeri Selangor, Ramlan Assan serta Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Norbaya Jamaludin.

-DK

Tinggalkan komen anda