Skip to main content
Berita TempatanPutrajayaViralWilayah Persekutuan

[Video] Konvoi Amal Merdeka Penggerak Kerjasama Anak Muda 

By 19 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh:  Saharuddin Othman dan Zaharah Ismail (Kuala Lumpur)

PUTRAJAYA, 19 Ogos (Malaysiaaktif) – “Konvoi Amal Merdeka 1Wilayah Persekutuan memperlihatkan kesungguhan golongan belia Wilayah Persekutuan membantu komuniti luar bandar”.

Demikian menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sesi pelepasan Konvoi Amal 1Wilayah Persekutuan di Dataran Masjid Putra, Presint 2, Putrajaya, di sini hari ini.

 

“Program seperti ini dilihat dapat membentuk ciri-ciri positif generasi muda kerana turut memberi penekanan terhadap program-program agama dengan menyemai nilai dan sikap saling menghormati dan bertoleransi di antara satu sama lain,” tambah beliau.

“Masyarakat dan anak muda atau belia memerlukan satu jalinan yang rapat. Dua kelompok ini saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain”.

Seramai 150 orang peserta terlibat yang terdiri dari gabungan Kelab Bermotor Kawasaki Owner Group, Kelab Z250 Malaysia, Kelab Pemilik Honda Accord Malaysia (HAVOC), Kelab Wilhin Motor dan mahasiswa Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Konvoi anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan bergerak ke Kampung Batu Tiga Segari, Lumut, Perak bermula hari ini sehingga Ahad, 21 Ogos 2016.

-DK

 

Tinggalkan komen anda