Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorViral

WORLD #QuranHour Galakkan Satu Jam Hadap Al-Quran

By 19 Ogos 2016Ogos 26th, 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh : Mohamad Zairin & Siti Rasidah (Shah Alam)

SHAH ALAM, 19 Ogos (Malaysiaaktif) – “WORLD #QuranHour dapat memberitahu masyarakat Malaysia bahawa 1 jam dari 8760 jam setahun, kita peruntukkan untuk kita menghadap Al-Quran,

“Walaupun kita tidak boleh membaca Al-Quran, setidak-tidaknya kita pandang pada Al-Quran”, tegas ikon Rumah Ngaji, Datuk Rosyam Nor ketika berucap di Program WORLD #QuranHour bertempat di Kompleks Karangkraf, Shah Alam pagi tadi.

“Salah satu peranan kita hari ini adalah mungkin kita boleh membuat waqaf dalam kehidupan kita dan apabila kita mewar-warkan kempen ini, bayangkan pengaruh yang kita ada itu menjadi berkembang”, tambah beliau lagi.

“Semua yang ada di sini hari ini telah dipilih oleh Allah sebaga duta WORLD #QuranHour untuk menyebarkan kepada semua orang supaya kita jadikan pada 9 Zulhijjah sebagai hari yang hebat bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia dan yang menariknya WORLD #QuranHour ini bermula di negara kita, Malaysia”, tegas beliau.

“Saya nak semua yang ada di sini membantu diri sendiri kerana ini adalah waqaf yang kita letakkan dalam kehidupan kita yang dijadikan satu sumber pahala”, ujar beliau lagi.

“Ramai yang tidak sedar mereka membuat waqaf dosa dengan menyebarkan aib dan fitnah atau setidak-tidaknya menjadi syubhah melalui media sosial”, kata beliau.

“Sosial media ini bagus kalau kita pandai menggunakannya dan kita hanya ada lebih kurang 19 hari sahaja lagi untuk menggerakkan WORLD #QuranHour supaya dapat dijadikan satu fenomena di sini”, ujar beliau.

-DK

 

Tinggalkan komen anda