Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantanViral

Kembara Minda Kelab 1Malaysia KB-Dabong Cetus Nostalgia

By 19 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Khairunnisa binti Ismail

KOTA BHARU, 19 Ogos 2016 (Malaysiaaktif) – Seramai 41 pelajar bersama 14 guru pengiring semalam dibawa mengembara menaiki keretapi dari Kota Bharu ke Dabong sejauh 170 kilometer untuk meningkatkan semangat patriotisme di luar bilik darjah.

Pengembaraan selama lebih 14 jam dari pukul 8.00 pagi sehingga 10.30 malam itu menyaksikan mereka menaiki bas dari Kota Bharu ke stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Tumpat dan kemudian meneruskan pengembaraan selama tiga jam ke Dabong.

IMG-20160819-WA0022

 

Sepanjang perjalanan di dalam tiga buah gerabak itu, beberapa acara diadakan, termasuk kuiz kemerdekaan, pertandingan menghias gerabak keretapi bertemakan Jalur Gemilang serta acara memotong kek bagi pelajar yang lahir pada 31 Ogos.

Setiba di Dabong, mereka dibawa melihat kesan bah kuning dan mendengar pengisahan tentang bencana yang berlaku pada akhir 2014 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong. Rombongan seterusnya mengadakan beberapa aktiviti Hari Kebangsaan di sekolah tersebut.

Kembara Minda yang julung kali diadakan ini juga bagi meningkatkan semangat patriotisme melalui penjelajahan yang sekali gus membuka mata dan hati terhadap kawasan pedalaman dan rentetan kehidupan masyarakat.

IMG-20160819-WA0007

 

Salah seorang peserta, Nuramirah binti Mohd Zaki, 16 tahun, berkata dia begitu teruja dan gembira setelah terpilih untuk menyertai Program Kembara Minda ini kerana tidak pernah menaiki keretapi.

Kembara Minda sehari ini merupakan inisiatif Jabatan Penerangan Kota Bharu dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad, (KTMB), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu, RTM, TV3, MediaPrima, Sekolah Menengah Dabong serta Kelab 1Malaysia 14 buah sekolah.

 

-MRR/AAS

Tinggalkan komen anda