Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau PinangViral

16 Kg Pulut Untuk Buat Wajik Jalur Gemilang

By 1 September 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Norhayani Hashim

KEPALA BATAS, 1 Sept (Malaysiaaktif) – Demi meraikan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, empat tukang masak dengan dibantu beberapa pelatih Pusat Latihan KEMAS Kepala Batas memasak ‘wajik’ berbentuk Jalur Gemilang.

Bagi menyiapkan Wajik Jalur Gemilang yang di utara semenanjung dipanggil ‘Pulut Kacau’ ini memerlukan 16 kilogram beras pulut untuk membentuk gubahan saiz 61 sentimeter x 183 sentimeter.

WhatsApp Image 2016-08-31 at 3.01.23 PM

Wajik Jalur Gemilang ini memerlukan 16kg beras pulut.

 

Idea yang diilhamkan oleh Pengetua Pusat Latihan Kemas Kepala Batas, Abu Bakar Abdullah ini berdasarkan kelainan daripada kebiasaan orang membuat kek berbentuk Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan.

“Sebelum menyiapkan pulut kacau ini kami uji ke atas dua kilogram pulut dengan membuat ujian rasa terlebih dahulu. Setelah itu, pulut berkenaan dicampurkan pewarna agar dapat menghasilkan wajik dengan rasa yang sedap serta cantik,” jelas Abu Bakar.

Menurut beliau cubaan pertama untuk membuat wajik berbentuk bendera Malaysia itu  mengambil masa dua hari, bermula dari 29 Ogos.

Wajik ialah sejenis hidangan pulut manis tradisional orang Melayu yang dimasak dengan nisan kelapa. Terdapat pelbagai cara penyediaan wajik dan pelbagai perisa, termasuk durian.

 

– AH/AAS

Tinggalkan komen anda