Oleh : Mohammad Nazeeb Hj. Ali
LABUAN, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Menjelang bulan Ogos setiap tahun, merekalah di antara rakyat Malaysia yang akan merasa gelora menyambut hari kebangsaan menghiasi rumah
dengan jalur gemilang.
Bahkan sepasang suami isteri ini akan menghiasi halaman dan dalaman rumah dengan bendera Malaysia.
Senang di panggil dengan nama Ampal Labuan, 60, berkata “setiap kali tibanya bulan Ogos setiap tahun, saya dengan isteri akan sibuk untuk meraikan hari kebangsaan. Saya dan isteri akan menghias halaman rumah termasuk dalam rumah dengan hiasan bendera Malaysia.
Selain dari bendera Malaysia, kami juga menggunakan barang – barang terpakai seperti botol minuman, kertas dan sebagainya untuk di cat mengikut warna bendera Malaysia dan di ubah suai menjadi perhiasan tambahan” katanya lagi.
Ketua Kampung Sungai Miri, Haji Tajuddin Omar ketika ditemui berkata, sepasang suami isteri tersebut memang akan sibuk apabila menjelang hari kebangsaan. Saya amat kagum dengan mereka yang begitu gelora untuk menyambut hari kebangsaan serta sanggup mengeluarkan belanja untuk membeli bendera Malaysia.
Masyarakat seperti ini harus di contohi nilai jati diri mereka kerana begitu menghargai pejuang – pejuang kemerdekaan terdahulu yang sanggup menggadai nyawa dan harta hanya semata – mata untuk memerdekakan negara kita yang tercinta ini, ujarnya lagi.
Antara perhiasan yang menarik perhatian yang di pamerkan oleh mereka adalah pameran barangan – barangan antik sekitar tahun 40an yang di simpan oleh ahli keluarganya. Selain itu juga, di dalam rumahnya terdapat sudut galeri di mana terdapat bahan bacaan yang berkaitan dengan kemerdekaan.
Penduduk sekitar Kampung Sungai Miri juga tidak ketinggalan berkunjung ke rumah sepasang suami isteri ini untuk melihat keunikan barang – barang pameran dan membaca tentang artikel kemerdekaan Malaysia.