Skip to main content
Berita TempatanLabuanViralWilayah Persekutuan

Macam-Macam Ada di ‘Street Art Showcase’ Labuan

By 5 September 2016Tiada komen2 minit bacaan
Oleh Mohd Faizal Mansor (Labuan) / Foto: Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 5 Sept (Malaysiaaktif) – Pasar seni jalanan, ‘Street Art Showcase’ yang diadakan di Taman Muhibbah di sini menawarkan pelbagai tarikan, khususnya untuk para pencinta seni di Labuan.

Daripada kraftangan, lukisan potret, hinggalah ke produk makanan, semuanya boleh didapati di ‘Street Art Showcase’ Labuan dengan harga berpatutan tanpa ditokok kos premis.

Menurut pengerusi badan penganjur merangkap Pengerusi Labuan Society, Azhar Othman, penganjuran ‘Street Art Showcase’ untuk kali kedua ini adalah untuk memartabatkan dan memsyarakatkan seni budaya tempatan.

????????????????????????????????????

Tambah Azhar, selain itu pameran seni jalanan sebegini boleh dijadikan platform bagi penggiat seni budaya memperlihatkan serta memasarkan produk mereka kepada para pengunjung.

“Setakat ini, Alhamdulilah, sambutan amat mengalakkan daripada kalangan pengunjung serta para penggiat seni yang menyertai ‘Street Art Showcase’ tersebut, ujar Azhar.

Gerai tanpa caj sewaan yang dibuka setiap ahad dari pukul 12 tengahari hingga lima petang ini turut diadakan persembahan oleh pemuzik jalanan (buskers) daripada kalangan anak-anak muda bagi menghiburkan dan menarik pengunjung.

Menurut Azhar, pihak Perbadanan Labuan telah bersetuju untuk membenarkan Labuan Society menjadikan Taman Muhibbah sebagai tempat mengadakan aktiviti-aktiviti seni budaya pada masa akan datang.

Sehubungan itu, Labuan Society juga berhasrat menukarkan nama Taman Muhibbah kepada ‘Labuan Art Avenue’ untuk dijadikan satu lagi produk pelancongan di Labuan.

Seorang pengunjung, Sally Dominic, 23, yang juga penuntut di salah sebuah kolej di Kota Kinabalu berasa terhibur, lebih-lebih lagi dengan persembahan kumpulan pemuzik jalanan. Beliau berpendapat ini antara cara menonjolkan bakat anak muda.

 

-MRR/AAS

Tinggalkan komen anda