Skip to main content
Berita TempatanHomeSabahViral

Sabah: Hak, Kepentingan Rakyat Terus Diperjuangkan – Musa

By 16 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohd Sabri Sailus & Volintine Jiloh (Sabah)

KOTA KINABALU, 16 September (Malaysiaktif) – Kerajaan Negeri akan terus berusaha memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat negeri Sabah dengan cara dan pendekatan tersendiri.

Ketua Menteri, Musa Haji Aman, “Apa juga perkara yang dibangkitkan menyentuh hak dan kepentingan rakyat Sabah sentiasa di perbincang hingga membuahkan hasil dan kejayaan untuk manfaat rakyat negeri ini”.

Yang Dipertua Negeri, Tun Jhar Mahiruddin merasmikan sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah.

 

“Sabah berjaya menjana kemakmuran ekonomi memberangsangkan dan kini menjadi peneraju serta penyumbang terbesar kepada industri perladangan kelapa sawit negara, Industri minyak dan gas, Industri Hiliran, Pemprosesan, Sektor pelancongan, Perkhidmatan dan Perindustrian dan pelbagai sektor lainnya”.

“Hakikatnya keadaan hidup rakyat hari ini jauh lebih baik berbanding di awal kemerdekaan dan penubuhan Malaysia.

Ujarnya, kadar kemiskinan menurun hasil kejayaan program-program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan.

“Bilangan anak-anak Sabah yang mendapat pendidikan ke peringkat tertinggi semakin meningkat, ini kerana aspek pembangunan modal insan terus diperhebatkan menerusi pembinaan lebih banyak sekolah, institusi pengajian tinggi, institusi perguruan, kolej, politeknik, pusat latihan industri dan kemahiran di seluruh negeri.

“Kerajaan negeri turut berjaya merubah landskap fizikal menerusi pembangunan menaik taraf kemudahan asas dan infrastruktur bekalan air dan elektrik, perumahan, hospital dan jalanraya,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin.

 

Tun Juhar memeriksa perbarisan kawalan kehormat terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat dari Batalion Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Kukusan, Tawau diketuai oleh Mejar Mohd Azizi Osman.

 

Menurut Bernama, Lebih 3,000 hadir untuk sambutan Hari Malaysia yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kota Kinabalu di sini.

Perbarisan pada sambutan itu disertai 17 kontinjen, manakala kawalan kehormat terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat dari Batalion Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Kukusan, Tawau diketuai oleh Mejar Mohd Azizi Osman.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda