Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

55 Orang Terima Pinjaman Teman Tekun RM10,000

By 2 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh : Edawati Sulaiman & Norizah Hj Jadid (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 2 Sept 2016 (Malaysiaaktif) – Seramai 55 orang peserta Program Pentas Usahawan (PPU) Fasa 1 telah menerima pinjaman daripada Teman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) bernilai RM10,000 setiap seorang.

Program Pentas Usahawan ini adalah hasil inisiatif Persatuan Alumni Pusat Pembelajaran Usahawan Bumiputera Maju Malaysia (PP.IUB) iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak membimbing usahawan terutamanya mereka yang ingin memulakan perniagaan di dalam pelbagai bidang.

Majlis penyerahan replika cek bernilai RM550,000 kepada Pengerusi PP.IUB dan penyerahan cek kepada 10 ketua kumpulan Program Pentas Usahawan telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Othman Aziz di Majlis Sehati Sejiwa Merdeka HiTea dan Majlis Penyerahan Cek Teman TEKUN di Casa Heliconia D’Saji Café di sini, semalam.

“Konsep ini lebih mudah apabila seorang ahli dalam kumpulan menghadapi masalah dalam pembayaran balik pinjaman akibat masalah perniagaan, maka ahli kumpulan tersebut akan sama-sama membantu sehingga perniagaannya pulih semula seperti konsep tolong-menolong”, demikian menurut Datuk Othman Aziz dalam sesi temubual bersama wartawan.

Menurut Pengerusi PP.IUB, Hajah Bibi Sunita Sakandar Khan “Sehingga hari ini seramai 800 orang ahli PP.IUB seluruh Malaysia dan sebahagian mereka menyertai program bimbingan berbentuk usahawan manakala sebahagian lagi menyertai Program Celik  Al-Quran (CQ) juga di bawah bimbingan kami dan usahasama dengan Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya.”

“Pinjaman Teman TEKUN ini menggunakan konsep berkumpulan bagi menyediakan kemudahan pembiayaan dengan lebih mudah, cepat dan efisien untuk membangunkan perniagaan baru”, tambah beliau.

Majlis turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Baharom Embi, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri Abdul Halim Abdul Samad, Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari, Pengerusi Yayasan Amal Wangsa, Tan Sri Datuk Seri Utama Zulhasnan Rafique  serta beberapa orang pemimpin masyarakat.

-DK

Tinggalkan komen anda