Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Gegar 10,000 Langkah Merdeka Bukti Lahad Datu Aman 

By 5 September 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Adelaidah Arshad & Municca Kiat (Sabah)

 LAHAD DATU, SABAH, 4 September – Acara ‘Gegar 10,000 Langkah’ Merdeka Peringkat Daerah Lahad Datu, Sabah bukti daerah ini aman dan selamat.

Pencerobohan di Kampung Tanduo serta kekerapan kes penculikan langsung tidak mematahkan semangat penduduk setempat keluar meraikan acara Hari Kebangsaan 2016.

Bagi Muhammad Afiq, Muhammad Subaiji dan Nasrul, tiga pelajar dari Sekolah Kebangsaan Payang,  Lahad Datu, mereka berasa bangga berpeluang menyertai acara tersebut Sabtu lepas.

“Saya rasa amat seronok dapat berjalan kaki bersama-sama pemimpin, guru-guru dan masyarakat di sini kerana kami merasa lebih selamat dan sayang daerah Lahad Datu,” ujar Muhammad Afiq.

lahad Datu4

Menurutnya lagi, Selain berpeluang menjalani aktiviti riadah yang sihat dia berasa teruja kerana dapat berkenalan dan berjumpa dengan lebih ramai kawan baharu.

Acara anjuran Pejabat Kesihatan Kawasan dengan kerjasama Pejabat Urusetia Daerah, Majlis Daerah dan Jabatan Penerangan ini menarik seramai lebih 3,000 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat.

“Gegar 10,000 Langkah” membawa para peserta mengelilingi kawasan Taman Bandar dan pusat Bandar Lahad Datu seawal pukul 6.00 pagi dengan jarak lebih kurang 6km.

Turut hadir Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Haji Datu Nasrun Datu Mansur.

Dalam ucapapanya, beliau berpesan supaya rakyat lebih menghargai, mempertahankan kemerdekaan  dan jangan persoalkan tarikh kemerdekaan Sabah dan negara, kerana apa yang lebih penting adalah sejauh mana mereka berkorban pertahankannya.

 

-AAS
Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda