Skip to main content
Berita TempatanLabuanViralWilayah Persekutuan

Jana Pendapatan Melalui Inavol

By 26 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Mohd Faizal Mansor
Foto : Betty Justin

LABUAN 25 Sept(Malaysiaaktif) – Inavol atau seni tenunan manik kaum Runggus mempunyai prospek yang cerah dalam menjana pendapatan kerana dari sudut pelancongan dan kebudayaan ia boleh dipasarkan kepada para pelancong dari dalam dan luar negara. Ini kerana seni pembuatan manik tersebut mempunyai nilai estetika yang tinggi, demikian menurut Chrisna Mojupi 47, pengajar Bengkel Kreatif Tenunan dan Gubahan Manik daripada seni budaya masyarakat Runggus di Anjung Komuniti 1Malaysia (K1M) Zon 18 Labuan.

Chrisna yang di datangkan dari Kudat berkata antara keluaran hasil dari manik adalah seperti gelang kecil, selendang manik, rantai manik dan lilit kepala yang nilai pasarannya amat tinggi mengikut corak dan saiz, kata .

Contohnya rantai manik yang mempunyai kualiti corak yang cantik mampu dijual pada harga RM70.00 seutas, katanya lagi.

Menurut Pengerusi Penganjur yang merangkap Pengerusi K1M Zon 18 Labuan, Herin Lumpisau, objektif bengkel tersebut adalah bagi mengenali seni budaya turun temurun masyarakat Runggus di Kudat yang amat terkenal dengan seni tenunan dan gubahan manik yang masih kekal dan diwarisi oleh etnik Runggus sejak turun temurun lagi.

Selain itu, nilai komersil yang ada pada hasil-hasil tenunan dan gubahan manik tersebut mampu menjadi nilai tambah untuk menjana pendapatan sampingan khususnya bagi kaum hawa yang boleh dilakukan pada waktu lapang, ujar beliau.

Menurut Roslyn Momili, 51, yang mengajar seni tenunan iaitu dalam bahasa Runggus ia dipanggil ‘Inavol’, ‘Inavol’ yang bersaiz 1 meter mengikut ketelitian dan motif corak yang cantik mampu dijual pada harga RM200.00 yang selalu mendapat permintaan yang tinggi.

Salah seorang peserta, Rita Mojuyoh, 45, berkata, selama ini beliau hanya dapat melihat hasil corak kraftangan manik dan ‘Inovol’ melalui majalah dan suratkhbar dan iaaya dapat dipelari sendiri melalui bengkel ini.

“Melaui bengkel itu juga, saya mendapat mempelajari budaya seni kaum Runggus dan terpesona dengan kehalusan seni masyarakat tersebut yang mampu menjana pendapatan yang agak lumayan”, ujar Rata a/k Jantan, 34, yang juga salah seorang peserta yang berasal dari Sarawak yang telah menetap di Labuan.

Bengkel anjuran K1M Zon 18 (Etnik Sabah) dan K1M 14 (Etnik Sarawak)yang pertama kali diadakan di Labuan berlangsung selama selama dua hari sejak kelmarin yang melibatkan 15 orang peserta.

– MRR

Tinggalkan komen anda