Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorViral

Kem Aspirasi Kelab 1Malaysia Bina Jati Diri Pelajar

By 7 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh : Sharman a/l Subramaniam (Kuala Selangor)

TANJUNG KARANG, 7 Sep (Malaysiaaktif) – “Saya berasa gembira dan seronok dapat menyertai program Kem Aspirasi ini”, kata salah seorang peserta Kem Aspirasi Kelab 1Malaysia tahun 2016, Yuvan Shankar Murugeswaran, 16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Serdang, Hulu Langat.

“Melalui kem ini juga saya mempelajari nilai-nilai kepimpinan dan semangat kerjasama dalam melaksanakan tugas”, tambah Yuvan.

Kem Aspirasi Kelab 1Malaysia adalah program tahunan Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Selangor dan ianya merupakan satu kegiatan ko-kurikulum yang ditubuhkan secara perkongsian pintar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia di sekolah-sekolah menengah.

Tahun ini, program diadakan di Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang selama tiga hari bermula 4 September yang lalu dengan pelbagai pengisian dalam membina jati diri dan perpaduan di kalangan pelajar.

Menurut Nicholas Ugap Yunim, 15, dari SMK Bandar Sungai Buaya, Hulu Selangor, dia berasa gembira dan berpuas hati dalalam penyertaan kem ini.

“Saya mendapat satu pengalaman yang baharu kerana program ini menyatukan semua jenis bangsa dan etnik di negara kita dan saya juga berpeluang mendapat kawan baharu”, kata Nicholas yang beretnik Iban.

“Kem ini juga mengajar saya dalam mencari penyelesaian kepada setiap permasalahan yang timbul”, tambahnya.

Bagi Khalis Rohiezaty Zamzuri, 16, dari SMK Perimbun, Hulu Langat, “Program kem ini meningkatkan keyakinan diri setiap individu supaya berani ke hadapan dan disamping itu kita dapat mengenali bangsa lain. Saya berpuas hati dengan kem ini dan harap dapat sertai sekali lagi pada tahun hadapan”, kata Khalis.

Menurut ketua fasilitator, Ahmad Faizal Azman, “Seramai 74 orang pelajar terlibat iaitu 49 pelajar perempuan dan 25 pelajar lelaki yang teridiri pelbagai bangsa dan etnik”.

“Semua aktiviti dan program yang diadakan selam tiga hari ini mendapat sambutan yang dari peserta-peserta dan mereka ini adalah pewaris muda kita”, tambah beliau.

Perasmian dan penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar disempurnakan oleh Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Norbaya Jamaludin.

-DK

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda