Skip to main content
Berita TempatanHomePerakPutrajayaViral

Mariwasa Kraftangan Mencipta Nama Hingga Ke Maldives

By 7 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh : Pradeeb Kumar Velayutham (Putrajaya)

KUALA KANGSAR, 7 Sept (Malaysiaaktif) – Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd. yang beroperasi di Kuala Kangsar merupakan satu-satunya syarikat yang mengeluarkan pingat-pingat darjah kebesaran Raja-Raja Melayu di Malaysia. Produk berasaskan perak, emas, tembaga dan lain-lain lagi merupakan satu hasil tangan yang cukup tinggi nilai estetika dan sejarahnya.

Mariwasa Kraftangan yang pada awalnya diasaskan oleh Datuk Megat Abdul Wahab Megat Abu Bakar kini telah diwarisi oleh anak sulungnya Puteri Nor Hajar Megat Abdul Wahab. Hajar merupakan anak sulung daripada lapan orang adik beradik dan mengambil alih perniagaan ini untuk mengekalkan warisan pembuatan pingat Darjah Kebesaran Diraja.

Pada tahun 1992, syarikat tersebut telah berpindah dari Cheras, Kuala Lumpur ke Kuala Kangsar kerana Datuk Megat Abdul Wahab berharap perniagaan yang melibatkan pembuatan pingat Darjah Kebesaran Diraja akan tampil unggul jika lokasinya berdekatan dengan bandar diraja dan kini ia telah menjadi realiti.

Kini setelah 25 tahun syarikat ini  bertapak dan beroperasi sepenuhnya di Kuala Kangsar, Mariwasa telah berkembang sehingga  mempunyai 150 pekerja tetap. Malah kesemua pekerja mereka adalah warga tempatan yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum dan umur.

Mariwasa Kraftangan juga mendapat perhatian dan akrediasi pusat pengajian tinggi dan vokasional

Mariwasa Kraftangan juga mendapat perhatian dan akrediasi pusat pengajian tinggi dan vokasional

Menurut Megat Ibrahim Megat Abdul Wahab, jurucakap Lembaga Pengerusi Mariwasa Kraftangan ketika ditemui, menerangkan tentang proses penghasilan pingat dan darjah kebesaran syarikat mereka. Menurutnya proses membuat pingat dan darjah ini melalui beberapa proses yang kompleks, yang mana memerlukan ketelitian yang amat tinggi, dan individu yang membuatnya memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi.

“Proses bermula dengan rekaan acuan, lukisan 3D dalam perisian, 3D pengacuan logam kemudian penempaan medalion, pemotongan laser, pengilatan, dan akhir sekali pembungkusan,” ujar beliau ketika ditemui di sini.

Terdapat pelbagai mesin berteknologi tinggi yang dibeli pada harga RM1.4juta, diimport khas dari Jerman untuk melaksanakan kerja-kerja penghasilan pingat tersebut.

Mariwasa Kraftangan juga mendapat perhatian dan akrediasi pusat pengajian tinggi dan vokasional

Mariwasa Kraftangan juga mendapat perhatian dan akrediasi pusat pengajian tinggi dan vokasional

Megat turut menjelaskan pelan masa hadapan syarikat,  ialah untuk menembusi pasaran dunia.

“Pada tahun 1995, Republik of Maldives telah datang, melihat hasil kerja kami, dan sejak itu mereka adalah antara pelanggan setia kami. Selain Maldives, antara negara lain yang pernah berurusan dengan Mariwasa Kraftangan adalah Kuwait, Oman dan Emiriah Arab Bersatu.

“Kami juga berharap untuk mendapat lebih banyak permintaan dari luar negara,” ulas beliau lagi.

Kebanggaan dan pengiftirafan terbesar Mariwasa Kraftangan ialah kesemua sembilan Raja-Raja Melayu memilih Mariwasa Kraftangan untuk membuat darjah kebesaran mereka.

Selain produk pingat, medal dan darjah kebesaran, Mariwasa Kraftangan juga mengeluarkan barangan porselin yang ekslusif  kepada golongan bangsawan dan sektor swasta yang terpilih. Uniknya, setiap peralatan yang direka dan dihasilkan itu, amat berbeza-beza dan mempunyai sentuhan corak, bentuk, logo yang tersendiri.

 

-SH

Tinggalkan komen anda