Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantanViral

Semangat ‘Merdeka’ Sentuh Masyarakat Asli Di Pedalaman

By 15 September 2016September 18th, 2016Tiada komen1 minit bacaan

Laporan / Foto oleh NorFadzlina Ahmad Fadzli

GUA MUSANG, 15 September (Malaysiaaaktif) – Walaupun jauh dan terpencil di pedalaman, namun masyarakat Orang Asli tetap menghargai nikmat kemerdekaan.

Semangat patriotik masyarakat tersebut diterjemahkan melalui pembinaan pintu gerbang berkonsepkan kemerdekaan di lima buah perkampungan Orang Asli, iaitu kampung Sangwai, kampung Sensang, Kampung Pos Brooke, Kampung Kingkong dan Kampung Jekjok.

e57aad18-1bc9-4058-8849-0c57937c160a

c7726628-f1a5-4b52-8fa6-505588ecdde4

Menurut Hashim Jada, 45, dari Kampung Sangwai, dia bersama penduduk lain bersama-sama berusaha membangunkan gerbang berkenaan.

“Suasana di kawasan tempat tinggal Orang Asli yang jauh di pedalaman nampak agak malap, tetapi kami ingat 31 Ogos dan tahu apakah maksud ‘Merdeka’, dan hasilnya kami membina pintu gerbang ini,” kata Hashim dari suku Temiar kepada Malaysiaaktif.

Sementara itu,  Jefri Hussin, 30, dari kampung Kingkong, memberitahu dia juga gembira dengan inisiatif yang ditunjukkan oleh penduduk kampungnya dalam membina dan menyiapkan pintu gerbang berkonsepkan Merdeka ini.

“Sudah ramai Orang Asli terbuka mindanya dan memahami kemerdekaan negara,pembinaan pintu gerbang  menunjukkan  mereka sudah  berani untuk berdepan dengan masyarakat lain, katanya.

Beliau turut menasihati masyarakat Orang Asli agar tidak sesekali menderhakakan akan nikmat kemerdekaan.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda