Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaTerengganuViral

‘MyMerdeka’ Iringi Sambutan Bulan Kebangsaan

By 15 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh Rozer Masudin / Syed Hisham Shah (Putrajaya)

GONG BADAK, 15 Sept (Malaysiaktif) – Roadshow ‘My Merdeka’ yang diadakan hampir sebulan bermula 13 Ogos lalu bertempat di Mydin Subang Jaya berakhir hari ini di Mydin Gong Badak, Terengganu.

Pengarah Bahagian Komunikasi Visual & Senireka, Jabatan Penerangan Malaysia, Mohd Roffee Mohamad berkata, kesudian syarikat Mydin sebagai rakan strategik dalam program ini amat-amat dihargai oleh kerajaan kerana inisiatif ini memberi nilai tambah dalam mempromosikan jenama mereka melalui pelaksanaan program Corporate Social Responsibility (CSR), disamping menyemarakkan lagi sambutan bulan kebangsaan.

Katanya, kerjasama antara kedua-dua pihak itu juga sejajar dalam melaksanakan program-program yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Pelbagai pengisian program telah direncanakan bagi setiap lokasi seperti pameran bergambar dan digital kemerdekaan negara, logo-logo dan tema sambutan Hari Kebangsaan sejak tahun 1978 hingga kini, edaran bahan penerbitan secara percuma dan banyak lagi yang kesemua ini mempunyai elemen menyemarakkan semangat patriotism, katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penutup ‘My Merdeka’ Aktiviti Rakan Strategik Bersama Mydin Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2016, di sini siang tadi.

Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) mengambil langkah proaktif dalam meneruskan program-program yang berbentuk kerjasama dua hala atau berkonsepkan National Blue Ocean Strategy (NBOS) dengan mengadakan kerjasama strategik bersama pasar raya besar Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin).

Kerjasama sebegini dapat mengetengahkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sanggup memikul tanggungjawab sosial bersama-sama bagi memperkasa dan membangkitkan semangat patriotisme kepada rakyat.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda