Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Seronok Lakukan Kerja Kebajikan

By 26 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 26 Sept (Malaysiaaktif) – Pengalaman pertama kali menyertai program kebajikan bagi seorang sukarelawan, Lutfi Ahmad, 34, yang berasal daripada Serkam, di sini, memberi kepuasan yang maksimum pada dirinya.

“Biasanya, jika membuat kerja amal, saya akan pergi ke rumah-rumah orang yang sakit dan menawarkan potongan rambut secara percuma, tapi, menyertai program sukarelawan hari ini merupakan pengalaman pertama saya dan sangat seronok dapat membuatkan orang gembira,” katanya.

3

Sesi memotong rambut. / Foto: Sardi Hj Mahorm

Tambahnya, walaupun sesibuk mana pun kita, jangan dilupa kepada orang-orang yang kurang mampu kerana apabila program sebegini dilakukan, secara tidak langsung turut memberi penghargaan buat mereka yang juga ingin dan berhak mempunyai tempat bermanja.

Lebih 50 warga emas dari dua rumah pertubuhan warga emas sekitar Klebang, Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Nazareth dan All Mighty Old Folks Home Melaka semalam berpeluang merasa pengalaman dimanjai apabila beberapa sukarelawan yang hadir memberi penghargaan dengan memotong rambut dan kuku mereka.

Rachel (kanan) menyuapkan makanan kepada salah seorang penghuni warga emas di Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Nazareth.

Rachel (kanan) menyuapkan makanan kepada salah seorang penghuni warga emas di Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Nazareth.

Menurut salah seorang sukarelawan Big Project Family (BPF), Rachel Chua, program seperti ini telah menjadi rutinnya bersama lebih 30 sukarelawan yang lain dalam memberi pertolongan sebanyak yang mampu kepada mereka yang memerlukan.

“Kami akan datang sekali dalam untuk memberi penjagaan yang rapi dari segi penampilan dan kesihatan dengan memotong rambut, kuku dan sebagainya agar mereka semua tidak rasa terpinggir,” katanya selepas program di Pertubuhan Kebajikan Warga  Emas Nazareth, Klebang Besar.

4

Foto: Sardi Hj Mahorm

Dalam pada itu, Pengurus Pertubuhan Kebajikan Warga  Emas Nazareth, Yovan Anthony, 40, berkata, dia berbesar hati dengan kehadiran sukarelawan yang prihatin dengan nasib warga emas yang tinggal sebatang kara di rumah kebajikan miliknya.

yovan

Yovan mengharap orang ramai sudi menghulurkan bantuan penghuni Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Nazareth.

“Sejak ditubuhkan pada tahun 2008, ramai sukarelawan yang selalu datang menjenguk, melawat dan berinteraksi bersama selain menjalankan aktiviti amal seperti ini. Terdapat ramai orang awam yang membantu dari segi makanan dan juga kewangan,” ujar Yovan.

Namun, memandangkan kos sara hidup yang kian meningkat, Yovan menjelaskan pertubuhan ini memerlukan sekurang-kurangnya RM18,000 sebulan termasuk kos sewa dan juga utiliti. Dia berharap ada yang sudi menghulurkan bantuan dan bersama-sama membela kebajikan penghuni-penghuni tersebut.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda