Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Tempahan Hotel, Kapal Terbang ke Bintulu Penuh

By 16 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa (Bintulu)

BINTULU, 16 Sept (Malaysiaaktif) – Tempahan hotel dan kapal terbang ke Bintulu sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2016 telah penuh sehingga Ahad ini.

Menurut Pengurus hotel, Tiong Ing Poh banyak aktiviti yang berlangsung sejak dua tiga hari lepas seperti raptai Sambutan Hari Malaysia, Sukan Bot Laju, dan Pesta Tanglung.

Pengurus hotel menyatakan tempahan hotel telah penuh sehingga Ahad ini

Pengurus hotel, Tiong Ing Poh menyatakan tempahan hotel telah penuh sehingga Ahad ini

 

“Hotel kami penuh sejak 14 September lalu dan kebanyakan pengunjung akan keluar pada Ahad ini. Ramai yang datang dari Semenanjung, ada juga dari Miri dan Sibu.

“Pesta Tanglung oleh sebab Musim Kuih Bulan turut sedang berlangsung kini. Pesta bunga api telah berlangsung selama lebih 15 minit malam tadi selepas raptai Sambutan Hari Malaysia.

Ing Poh turut menggambarkan pihak pengurusan hotelnya terpaksa menambah bilangan pekerja selama seminggu ini.

Sekitar lobi hotel

Sekitar lobi hotel

 

“Sebanyak 162 bilik yang disediakan penuh sehingga Ahad. Pekerja juga bertambah sehingga 60 pekerja berbanding hanya 40 pekerja sebelum ini.

“Pekerja pula diminta untuk bekerja lebih masa dan dinasihati untuk tidak mengambil cuti sehingga tamatnya Hari Malaysia,” ujarnya yang ditemui petang tadi.

Sementara itu, bagi Urus Setia Aktivis Hari Kebangsaan, Zafirah Najmi Abd Rahman, dia bernasib baik kerana membuat tempahan awal.

“Pada saya, kumpulan saya yang menguruskan Aktivitis agak bernasib baik kerana masih mendapat penginapan yang dekat dengan Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu.

“Ketika mendaftar masuk kelmarin, saya terserempak dengan dua Jurutera yang bekerja di sekitar Bintulu. Mereka yang biasanya terus masuk ke hotel tanpa membuat tempahan agak terkejut kerana tiada bilik lagi untuk ditempah. Perkara sebegini memang biasa berlaku terutamanya ketika program besar berlangsung,” ujarnya yang ditemui di lobi hotel pagi tadi.

Dalam pada itu, bagi penyelaras tiket kapal terbang Jabatan Penerangan Malaysia, Nur Izzaidah Abd Rahman, kebanyakan penerbangan pulang ke KLIA dari Bintulu terutamanya pada 1.35 tengah hari esok telah penuh.

“Di laman web MAS sendiri dah diberitahu bahawa penerbangan penuh. Jika nak dibuat dalam ruangan menunggu pun, agensi pelancongan tidak mahu buat. Jadi saya terpaksa memberi pilihan kepada petugas untuk memilih penerbangan MAS sekitar 7.00 malam atau penerbangan Airasia pada awal pagi.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda