Skip to main content
Berita TempatanWilayah Persekutuan

“Visit Beautiful Terengganu 2017” Saji Keindahan Alam, Tamadun Islam

By 2 September 2016September 7th, 2016Tiada komen3 minit bacaan

 Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Malaysiaaktif) – “Siapa yang tak buat tempahan akan kesal. Harga yang diberikan cukup kompetitif, jauh lebih murah berbanding harga dalam talian.”

Demikian kata Pengurus, Chia Sow Teck dari Kepong yang datang bersama isterinya di Matta Fair petang tadi.

image

Chia Sow Teck dari Kepong yang datang bersama isterinya di Matta Fair petang tadi.

Terengganu menjadi pilihan utamanya yang sedang mencari lokasi percutian yang berlatarbelakangkan alam semula jadi.

“Saya memang sering ke Matta Fair kerana semua ada di PWTC ni. Harga cukup berpatutan, senang untuk saya dan isteri mencari tempat bercuti bersama dua orang anak tidak kira dalam dan luar negara,” katanya.

Dalam pada itu, pada Matta Fair kali ini, selain Perak dan Pahang yang akan mengadakan Tahun Melawat negeri masing-masing, Terengganu juga akan menyajikan keindahan alam semula jadi (eko-pelancongan dan Jejak Tamadun Islam sempena Cuti-Cuti Malaysia, Dekat Je ‘Visit Beautiful Terengganu Malaysia 2017’.

Bagi Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Terengganu, Zakiah Zainuddin Visit Beautiful Terengganu ‘Dekat Je’ 2017, menjanjikan pelbagai tempat dan aktiviti baharu selain pulau seperti Perhentian, Redang dan Kapas yang sememangnya menjadi tarikan pelancong untuk datang ke negeri yang cukup terkenal dengan tarian ‘Ulek Mayang’ ini.

image

Zakiah menyatakan Visit Beautiful Terengganu 2017 menjanjikan pelbagai pengalaman baharu.

“Untuk 2017, kita nak juga perkenalkan Kuala Terengganu dengan konsep eko-Pelancongan. Terdapat pelbagai tempat menarik seperti Chemeroh, Kg Jongoh Batu di Dungun, dan Pulau Wan Man yang kita perkenalkan juga dengan perkhidmatan helikopter sebagai kelainan.

“Selain itu, kita juga ketengahkan produk light and sound, Tamadun Islam dengan pelbagai persembahan menarik seperti Water Show yang kita ingin perkenalkan kepada pengunjung. Tamadun Islam bermula di Kuala Berang. Jadi dengan konsep Jejak Warisan Pelancongan Islam, kita akan selitkan dengan kebudayaan Islam dan makanan wajib kami seperti keropok lekor,” jelasnya.

Terengganu menampilkan pakej baharu kepada semua belia, keluarga, pasangan bercinta, dan tidak lupa juga kepada mereka yang gemarkan aktiviti lasak yang dekat dengan alam semula jadi.

Dengan promosi harga sehingga 25%, Terengganu menyasarkan lima juta pelancong akan datang dengan 19,000 pakej akan terjual pada Matta Fair kali ini.

Bagi Sekretariat Beautiful Terengganu, Che Abdul Hakim, 23, sepanjang Matta Fair ini harga memang lebih murah berbanding harga dalam talian.

image

Che Abdul Hakim menerangkan pakej-pakej menarik yang ada di Matta Fair

“Dalam sehari kita buat dua jualan murah yang dipanggil sebagai ‘Happy Hour’, pengunjung boleh mendapatkan pakej pilihan masing-masing dengan harga yang istimewa yang tidak terdapat di mana-mana termasuklah Terengganu.

“Visit Beautiful Terengganu 2017 nak beri pendedahan kepada tempat yang lebih dikenali dengan alam semula jadi, Tasik Kenyir, Pulau, Taman Negara, dan Masjid Kristal. Kuala Terengganu yang baru kita majukan dan cuba tarik lebih banyak pelabur pelancong,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengurus Tasik Kenyir, Muhd Khairul Abu Bakar berkata di Tasik Kenyir terdapat 340 pulau, dan tasik terbesar buatan manusia di Asia Tenggara.

image

Pakej Tasik Kenyir yang terdapat di Matta Fair

“Terbaharu penemuan rangka manusia purba paling tua di Malaysia 16,000 tahun dan ada pokok Melunak terbesar di semenanjung. Di sini, Kelah Sanctuary yang paling popular.

“Setiap tahun pengunjung bertambah pengunjung dari luar negara seperti Eropah, Singapura yang menyebabkan semakin rancak pengusaha industri seperti pengusaha bot tempatan.

“Keistimewaan ketika Matta Fair kita sediakan pakej baharu. Kalau dulu kita bertumpu kepada aktiviti memancing, sekarang lebih kepada ekplorasi gua. Harga sebenar rm350 tetapi kini RM290 sahaja,” ujarnya lagi.

Terdapat 1233 kaunter Matta Fair yang menjanjikan pelbagai pakej percutian menarik dibuka bermula hari ini sehingga Ahad di Putra World Trade Centre (PWTC).

AAS

Tinggalkan komen anda