Skip to main content
Berita TempatanSabah

‘Home Help Service’ Akan ke Seluruh Sabah – Jainab

By 29 Oktober 2016November 25th, 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh Muhammad Khairul Azad Yunus & Mastim Kiriman (Sabah)

TENOM, 29 Okt (Malaysiaktif) – Perkhidmatan sokongan ‘Home Help Service’ yang diberikan kepada warga emas yang tinggal bersendirian akan dikembangkan ke seluruh daerah di negeri ini.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid, sehingga Oktober 2016, seramai 284 orang warga emas di sembilan daerah telah mengikuti program ini yang dikendalikan 103 orang sukarelawan.

“Kerajaan turut menyediakan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang dikendalikan NGO berdaftar dan dikelolakan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah.

“Seramai 1100 orang warga emas mendaftarkan diri di empat buah PAWE yang menjalankan aktiviti bersama dalam bentuk rekreasi serta riadah,” katanya dalam teks ucapan yang disampaikan Pembantunya, Datuk Anita Baranting.

img_6227

Jelasnya lagi, bagi Skim Bantuan Orang Tua, setakat Oktober 2016, seramai 27,542 warga emas di Sabah telah menerima bantuan kewangan tersebut.

Di samping itu, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM 59.24 juta untuk kebajikan dan keperluan warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), orang miskin serta anak yatim.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata peruntukan tersebut termasuk mengurus perbelanjaan operasi untuk tiga buah rumah warga tua iaitu Rumah Warga Tua Sri Pritchard, Kinarut, Rumah Warga Tua Air Panas Tawau dan Rumah Warga Tua Sandakan berjumlah RM1.765 juta setahun.

“Kerajaan Pusat menerusi Dasar Warga Emas Negara kom?ited mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat dan dihormati dengan mengoptimumkan potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif, produktif dan menyokong meningkatkan kesejahteraan hidup dalam pembangunan negara.

“Pelbagai program dan peruntukan besar disalurkan oleh kerajaan untuk semua lapisan masyarakat termasuklah warga emas,” katanya semasa berucap pada Sambutan Hari Warga Emas, Peringkat Negeri di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, pada Khamis.

Teks ucapan beliau telah dibacakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Seri Panglima Radin Malleh.

Sambutan bertemakan ‘Take A Stand Againts Ageism’ itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Datuk Mahiruddin.

 

SF/AAS

Tinggalkan komen anda