Skip to main content
Berita Tempatan

Jumlah Pelancong ke Sabah Meningkat-Masidi

By 29 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan
Oleh ?Asmidar Zainol & Mohd Nasrie Tapisil (Sabah)

KOTA KINABALU, 29 Okt (Malaysiaktif) – Jumlah pelancong ke Sabah sehingga Julai 2016 meningkat sebanyak 5.5 peratus iaitu 1,819,627 berbanding tahun lepas?,? 1,725,334 orang.

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Masidi Manjun, peningkatan tersebut melibatkan pelancong antarabangsa sebanyak 13 peratus, walau bagaimanapun ketibaan pelancong domestik menurun sebanyak 0.4 peratus.

“Antara penyebab penurunan ketibaan pelancong domestik ialah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan ingin saya sarankan kepada kerajaan untuk menyemak semula GST dalam pelancongan domestik kerana pelancongan domestik ini merupakan penyelamat kepada industri pelancongan negara.

“Walaupun cukai GST ini tidak dimansuhkan, mungkin kadarnya dapat dikurangkan bagi menggalakkan pelancongan domestik dan membantu merancakkan ekonomi negeri serta membuka peluang-peluang pekerjaan.

“Kehadiran pelancong China dari tahun lepas meningkat sebanyak 48?.2 peratus, Korea 40 peratus dan Taiwan 27 peratus,” jelasnya.

Tambah Masidi, berdasarkan kajian demografi, 85 peratus pelancong merupakan mereka berumur bawah 50 tahun dan 58 peratus yang bercuti ke Sabah merupakan golongan wanita.

“Daripada jumlah itu, 89.2 peratus datang kerana bercuti dan 3.4 peratus datang atas urusan kerja.

“Selain itu, 58.6 peratus datang secara FIT berbanding hanya 11 peratus sahaja yang menggunakan syarikat pelancongan, sementara 15 peratus merupakan pelancong berulang, 34 peratus golongan profesional dan teknikal serta 21.3 peratus pelajar dan pesara,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru pengusaha-pengusaha syarikat pelancongan untuk menggunakan sepenuhnya teknologi terutamanya media sosial bagi mempromosikan produk-produk pelancongan.

Masidi berkata demikian ketika menyampaikan ceramah dalam Program Lesa Ilmu bertajuk ‘Memimpin Pelancongan Sabah Menempuh Cabaran Getir Semasa’ anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Sabah, di sini, pada Jumaat.

SF

Tinggalkan komen anda