Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Ditahan Israel 42 Jam Tanpa Komunikasi – Dr Fauziah

By 21 Oktober 2016Tiada komen4 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan Foto oleh : Herman Hamid (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Malaysiaaktif) – “Pengalaman ditahan tentera Israel  selama 42 jam tanpa sebarang komunikasi tidak mematahkan semangat malah menjadikan diri saya lebih kuat untuk hari-hari mendatang”.

Demikian luahan Doktor Pakar Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur, Dr Fauziah Mohd Hassan di Majlis ‘Sesi Perkongsian Pengalaman Ditahan Tentera Israeal’ di Dewan Jumaah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, semalam.

Beliau melahirkan rasa syukur kerana setelah selamat kembali ke Malaysia, pelbagai derma dari pelbagai lapisan rakyat Malaysia diberikan kepada Humanitarian Care Malaysia (MyCare).

Terdahulu pada 5 Oktober, Dr Fauziah dan anggota Lembaga Pemegang Amanah MyCare bersama 12 orang sukarelawan wanita termasuk dua wartawan Al Jazeera dalam misi ‘Bot Wanita Ke Gaza’ di atas Kapal Zaytouna Olivia telah ditahan oleh Tentera Laut Israel.

Namun, setelah 42 jam ditahan, beliau bersama 12 orang sukarelawan wanita tersebut akhirnya dibebaskan tanpa sebarang kecederaan.

Menurut beliau, sebelum pelayaran misi Bot Wanita ke Gaza, beliau dan sukarelawan yang lain telah diberi latihan persediaan selama sebulan dari segi mental, fizikal dan teknikal oleh MyCare.

556c0fb5-67ba-47fb-9544-3e0787a757a2

Menceritakan kembali detik-detik sebelum ditahan, beliau menjelaskan semasa pelayaran, perahu layar mereka telah dipukul ombak yang kuat menyebabkan kebanyakan mereka muntah teruk.

Jelas beliau, “Selepas perahu layar yang kami naiki merentasi lautan Greece dan semakin hampir ke Gaza, perahu tersebut telah ditahan Tentera Laut Israel”,

“Seramai lapan orang askar Israel telah naik ke atas perahu layar kami dan menggeledah hampir kesemua pelusuk perahu”,

“Tentera Israel tidak bertindak kasar dan mereka memaklumkan membawa bekalan makanan, pakaian, ubat-ubatan bersama seorang doktor sebagai bantuan”.

“Namun, kami semua menolak secara baik dan menyatakan seorang doktor pakar ada bersama dalam pelayaran ini dan kesemua sukarelawan sedar bahawa itu hanyalah propaganda mereka semata-mata”, tambah beliau.

Setelah Tentera Laut Israel puas menggeledah perahu layar kecil yang dinaiki beliau dan rakan-rakan, tentera Israel telah memaksa mereka untuk berlabuh di Pelabuhan Ashdod Israel.

Pada mulanya mereka enggan kerana telah berlayar sejauh 1,715 batu nautika namun akhirnya terpaksa mengikut telunjuk tentera Israel.

Setelah berlabuh kesemua sukarelawan telah dibawa ke kem tahanan Israel dan dibekalkan hanya dengan sehelai pakaian dan senaskah Al Quran yang dibawa Dr Fauziah.

Beliau  juga memohon  kepada tentera Israel untuk membuat  panggilan telefon kepada keluarga bagi memaklumkan apa yang terjadi kepada mereka  setelah 42 jam terputus hubungan tetapi  tentera Israel tidak membenarkan.

Beliau menegaskan, “Dengan iman yang tebal dalam dirinya, membuatkan beliau semakin kuat dan surah  Al Fusilat ayat 30-33 tidak lekang dari bibirnya”.

87fd0490-7134-4dac-bd63-209aed835a1e

Setelah kesemua sukarelawan berunding dengan tentera Israel dengan bantuan peguam dari Baitulmuqqaddis, mereka dibicarakan di Mahkamah Israel dan di dapati bersalah kerana memasuki Israel dengan cara yang salah dan pasport mereka semua telah dirampas tentera Israel.

Kesemua mereka dibawa menaiki kenderaan Black Maria dan terus dihantar ke Lapangan terbang Israel untuk dihantar ke negara masing-masing.

Dalam penerbangan dari Israel ke Bangkok, Thailand pesawat yang dinaiki beliau penuh dengan rakyat Israel yang ingin bercuti di sana.

Tanpa adanya pasport,  beliau memberanikan diri menaiki pesawat dan terbang ke Bangkok.

Setelah mendarat, pasport  beliau dikembalikan oleh anak kapal dan sekali lagi beliau dibawa melalui Jalan belakang di Lapangan Terbang Bangkok untuk di terbang pulang ke tanah air dengan selamat.

Beliau menjelaskan berikutan kejadian ini “Masyarakat majmuk di Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama telah mula sedar tentang kekejaman tentera Zionis  Israel terhadap rakyat Palestin saban hari tanpa sebarang sifat kemanusiaan”.

Program ‘Sesi Pengalaman Bot Wanita ke Gaza’ ini turut dihadiri Ketua Kerja Hubungan Antarabangsa Dewan Wanita Majlis Dakwah Negara, Prof Madya Dr Roselainy Abdul Rahman dan Wakil Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Puan Mashitah Esa dan Ahli Jawatankuasa Biro Pembangunan Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM).?

-DK

Tinggalkan komen anda