Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantanViral

IKTBN Bachok Tandatangani MOU, Jaminan Pekerjaan Buat Pelajar

By 5 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto oleh Siti Meriam Mohamad / Rosli Md Zain 

BACHOK, 5 Okt(Malaysiaaktif) – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan  syarikat kategori emas dan perak di Dewan Serbaguna IKTBN Bachok semalam.

Matlamat utama program ini adalah bagi memberi ruang kepada semua pihak industri bagi mendapatkan pekerja serta peluang pekerjaan kepada pelajar dalam bidang masing-masing, lebih-lebih lagi di IKTBN Bachok yang hanya menawarkan tiga bidang kursus kemahiran iaitu Teknologi Awam, Teknologi Automatif dan Teknologi Hospitaliti.

IKTBN mengikat perjanjian bagi memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan halatuju kerjaya mereka.

IKTBN mengikat perjanjian bagi memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan halatuju kerjaya mereka.

 

Menurut Pengarah IKTBN Bachok, Ab. Rashid Deraman, sebanyak enam buah syarikat yang terlibat menawarkan jaminan peluang pekerjaan kepada pelajar lepasan IKTBN Bachok.

“Untuk kategori emas, syarikat-syarikat tersebut akan menawarkan latihan industri dan akan menyerap masuk pelajar-pelajar lepasan latihan industri ini untuk terus diambil bekerja dengan syarikat tersebut,” ujarnya.

“Antara syarikat kategori emas adalah UB Resort World Sdn. Bhd., Mie Technicpart Sdn. Bhd., Ziq Bakery and Cakes Sdn. Bhd., Perhentian Island Resort Sdn. Bhd.

“Manakala bagi kategori perak pula syarikat Hanif Auto Services dan Desa Milenia Sdn. Bhd.  yang menawarkan latihan industri dan hanya akan mengambil pelajar-pelajar lepasan latihan industri untuk bekerja jika ada kekosongan jawatan,” jelasnya lagi.

Selain itu katanya, setiap tahun IKTBN akan mengikat perjanjian dengan syarikat-syarikat yang berlainan atau memperbaharui kontrak dengan syarikat yang masih ingin bekerjasama dengan IKTBN bagi memberi peluang yang luas kepada pelajar-pelajar untuk menentukan halatuju kerjaya mereka nanti.

Sementara itu, salah seorang pelajar semester akhir Teknologi Hospitaliti, Farah Liana Che Harun, 21, berkata,  program sebegini wajar diteruskan.

“Program ini memberi banyak manfaat kepada kami yang akan melangkah ke alam pekerjaan di mana dengan MOU ini, pelajar-pelajar IKTBN akan mendapat kerja dengan lebih senang dan diberi kepercayaan kerana latihan industri telah dijalani di syarikat-syarikat berkenaan,” katanya kepada Malaysiaaktif.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda