Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePahangViral

Jambatan Kasih – Agensi Kerajaan Mendatangi Masyarakat

By 22 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh : Muhammad Rizal Redzuan

CAMERON HIGHLAND, 22 Okt (Malaysiaaktif) – Pertama kali dalam 30 tahun lebih 25 agensi kerajaan dan swasta berkumpul untuk mendidik dan perkhidmatan dalam talian kepada penduduk Cameron Highlands.

img-20161022-wa0000

Inisiatif ini disambut baik oleh penduduk di sini, antaranya S. Seran, 57 yang hadir ke Program Caring Bridge (Jambatan Kasih) di Padang Awam Kampung Raja.

Sementara itu, menurut Pemangku Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia, Balakrishnan Kandasamy, tujuan program ini adalah untuk menggabungkan masyarakat setempat di bawah satu bumbung terutamanya dengan agensi kerajaan yang menawarkan perkhidmatan dalam talian. Program yang merealisasikan konsep Sehati Sejiwa ini memberi perkhidmatan melalui satu saluran.

20161022_105543

“Program ini berjaya mengumpulkan 25 agensi kerajaan dan swasta antaranya Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi, Telekom Malaysia dan banyak lagi. Semua agensi ini akan memberikan perkhidmatan serta mendidik masyarakat termasuk pembayaran zakat secara dalam talian,” ujarnya.

Dalam pada itu, sebanyak 10 buah televisyen turut disumbangkan kepada keluarga yang memerlukan bagi menghubungkan masyarakat di sini dengan dunia luar.

Seorang pengunjung yang juga penduduk tempatan, Marappan Athiyappan, 64, berkata, sejak empat tahun belakangan ini, perkhidmatan telekomunikasi di sini agak baik.

img-20161022-wa0001

“Penduduk di sini dapat menggunakan perkhidmatan Internet dengan baik. Pendedahan yang diberi melalui program ini akan memudahkan kami untuk berurusan dengan agensi kerajaan kelak,” ujarnya.

Menurut Mohd Shamsul Haji Omar, 49, masih terdapat kawasan-kawasan di sepanjang laluan ke Cameron Highland yang belum mendapat kemudahan liputan Internet dan siaran TV yang baik seperti di Kampung Atap. Penduduk di sini juga sukar untuk berurusan dengan agensi kerajaan pada waktu pejabat kerana kebanyakannya bekerja di kebun dengan gaji harian. Dengan program Jambatan Kasih ini dapatlah penduduk di sini melakukan urusan terutamanya pendaftaran pemilih.

img-20161022-wa0003

Penduduk di sini juga sukar untuk berurusan dengan agensi kerajaan pada waktu pejabat kerana kebanyakkannya bekerja di kebun dengan gaji harian. Dengan program Jambatan Kasih ini kekangan tersebut sudah dapat di atasi.

Seorang ibu tunggal yang turut menerima set TV, Loganaidi Velayutham, 27, berkata beliau tidak boleh menulis atau membaca sementara anaknya pula tidak mempunyai sijil kelahiran. Ini kerana, apabila suaminya menghilangkan diri selepas dia melahirkan anak kedua, dia tidak berkeupayaan untuk menguruskan hal-hal seperti ini.

img-20161022-wa0002

Ini kerana dia terpaksa bekerja setiap hari untuk menyara hidup walaupun pada hari perayaan Deepavali.

Loganaidi bekerja setiap hari daripada pukul 6.30 pagi hingga pukul 7.00 petang di kebun sayur sambil membawa bersama kedua-dua anaknya.

Dengan adanya program seperti ini di mana, agensi kerajaan datang ke kawasannya, dia amat berharap anaknya akan dapat memiliki surat beranak supaya dapat bersekolah.

Beliau yang tidak memiliki telefon pintar dan televisyen berkata, dia hanya mengetahui tentang bantuan kerajaan dan sebagainya daripada orang yang dipanggilnya “abang MIC”.

Program Jambatan Kasih berlangsung bermula hari ini sehingga esok.

– AAS

Tinggalkan komen anda