Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorViral

Maal Hijrah: 10 Pasangan Nikah Perdana

By 2 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh : Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 2 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 10 pasangan anak muda mendirikan rumahtangga sempena sambutan Maal Hijrah dan Pernikahan Perdana anjuran Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak di sini pagi ini.

Nazir Masjid, Mohd Rozi Salleh berkata program Pernikahan Perdana ini merupakan kali keenam diadakan sejak tahun 2012 dan berjaya menyatukan seramai 44 pasangan pengantin.

fe616645-10d0-4a45-96d3-f814ea1f80f0

“Ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial masjid dalam membantu anak-anak muda yang berpendapatan sederhana untuk mendirikan rumahtangga”, katanya.

Beliau juga memaklumkan pihak masjid telah menaja satu pasangan pengantin yang menghadapi masalah kewangan kerana baru mendapat kerja.

Tambah Mohd Rozi lagi “Setiap pasangan hanya perlu membayar RM1,000 sahaja kepada pihak kami yang merangkumi kos baju pengantin, khemah, cenderamata, fotografi dan makanan untuk 50 orang setiap pasangan, sementara mas kahwin ditanggung oleh pengantin sendiri”.

3116f11f-1a8d-4ced-a7b4-ba8443e793c2

Salah seorang penerima tajaan masjid untuk majlis pernikahan itu, Muhammad Faris Saad amat bersyukur kerana selamat diijab kabul walaupun sebelum ini bercadang untuk majlis akad nikah sahaja tanpa majlis kenduri kerana masalah kewangan setelah baru mendapat pekerjaan.

“Seorang kawan saya beritahu bahawa masjid ini mengadakan Pernikahan Perdana dan saya telah hubungi pegawai masjid untuk sertainya”, ujar beliau.

Namun beliau hampir menarik diri kerana masalah kewangan tetapi pihak masjid telah menghubunginya untuk menaja majlis pernikahannya.

1bc7163b-e8b2-4ec8-9ad4-b2a2a3293cf5

Pengantin lelaki paling muda, Erit Emeer Zaini, 22 berkata beliau telah berbincang dengan pasangannya untuk mendirikan rumahtangga dalam tahun ini setelah mendapat tahu masjid mengadakan Majlis Nikah Perdana.

“Saya terlihat kain rentang tentang program ini dan bersetuju dengan pasangan untuk menyertai Majlis Nikah Perdana memandangkan ia lebih menjimatkan serta diadakan pada tarikh Maal Hijrah”, katanya.

-DK

Tinggalkan komen anda