Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Ingin Kembali ke Tanah Suci

By 2 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Mohd Baharruddin Mohamad & Mohd Borhan Ahmad Ulis/Jurufoto: Razali Ehi (Sarawak)

KUCHING, 2 Okt (Malaysiaaktif) – “Perasaan sedih bercampur gembira setelah selamat menunaikan ibadah haji dan selamat kembali ke tanah air setelah selama sebulan berada di Tanah Suci”.

Demikian luahan rasa jemaah wanita dari Miri, Johara binti Hj Jawawi, 58, yang menunaikan ibadah haji bersama suaminya yang berasal dari Mukah Haji Hipani Alwi, 60, semasa ditemui Malaysiaaktif ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pagi semalam.

image

Tambah Johara, syukur ke hadrat Illahi segala urusan telah berjalan dengan lancar dan dipermudah oleh Allah. Pihak Tabung Haji telah memberi bimbingan dan memastikan segala urusan berjalan lancar.

Sementara itu, Hipani pula berkata jika diberi peluang, mereka ingin kembali menunaikan ibadah di Tanah Suci sekali lagi kerana ketenangan dan keseronokan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Seramai 150 jemaah haji negeri Sarawak telah kembali daripada menunaikan ibadah haji kira-kira 5.00 pagi, setengah jam lewat daripada jadual asal di Bay 9, terlebih dahulu melalui proses saringan kesihatan oleh pegawai-pegawai Jabatan Kesihatan yang merupakan prosedur wajib bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

image

Para jemaah haji kemudiannya menunaikan Solat Subuh sebelum beratur untuk pemeriksaan selanjutnya di Bay 8.

Penerbangan KT24Q yang berlepas dari Kuala Lumpur pada 3.17 pagi merupakan ketibaan pertama jemaah haji negeri ini yang membawa seramai 25 orang jemaah haji Bintulu, Limbang, lapan orang, Sibu, 40 orang, Sarikei, 24 orang, Mukah, 11 orang dan jemaah haji Kuching seramai 42 orang menjadikan jumlah keseluruhan seramai 150 orang jemaah haji.

Dalam pada itu, menurut Pengarah Lembaga Tabung Haji Sarawak, Haji Rozimin Ahamed Kamel, setakat ini hanya seorang jemaah haji negeri ini yang telah meninggal dunia iaitu Lumat Timbang, jemaah haji wanita berasal dari Miri.

Allahyarhamah disahkan menghidap Pheumonia with Septicaemia dan telah selamat dikebumikan di Tanah Suci Mekah pada 24 September lepas.

Ketibaan kedua jemaah haji negeri Sarawak adalah pada awal esok hari dan ketibaan terakhir adalah pada 11 Oktober akan datang.

SF/AAS

Tinggalkan komen anda