Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

SOPMA-Masters Wanita Milik Sarawak

By 5 Oktober 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Aishah Latip / Foto: Chua Choon Sim

KUCHING, 5 Okt (Malaysiaaktif)-Impian skuad Sarawak untuk meraih pingat emas bagi acara masters tenpin boling hari ini menjadi kenyataan apabila pemain wanitanya, Sia Chew Ing, 35, mencatatkan 1341 jatuhan pin.

Chew Ing mengetepikan Jovinia Danduan dari Sabah yang berjaya memungut 1217 jatuhan pin. Gangsa pula dimenangi oleh Cheng Kam Ping dari Wilayah Persekutuan dengan 1133 jatuhan pin.

Kejayaan ini sekali gus menjadikan Chew Ing menjadi pemain terbaik wanita tenpin boling bagi Kejohanan Sukan Orang Pekak (SOPMA) Malaysia XIX 2016 dengan tiga emas.

Pasukan Sarawak yang beraksi dalam sukan boling SOPMA 2016

Pasukan Sarawak yang beraksi dalam sukan boling SOPMA 2016

Dua emas lagi diraih oleh Chiew Ing lagi dalam acara beregu wanita, dan berpasukan bertiga wanita serta manakala pingat perak dalam acara individu dan berpasukan berlima wanita.

Sementara itu, Skuad Wilayah Persekutuan sekali lagi berjaya mengekalkan dominasi mereka apabila mengekalkan kejuaraan bagi kategori masters lelaki.

Barisan pemenang bagi kategori masters lelaki

Barisan pemenang bagi kategori masters lelaki

Mohd Zaidi Awang menang dengan  1601 jatuhan pin manakala pingat perak dimenangi oleh Selangor menerusi Mohd Firdaus Mohammad dengan 1569 mata. Pingat gangsa dimenangi oleh Perak menerusi Muhd Syahmi Azad Hamid yang meraih 1446 jatuhan pin.

Presiden Persatuan Orang Pekak Malaysia, Kamarzaman Harun telah menyempurnakan acara penyampaian pingat sekali gus menutup acara pertandingan tenpin boling SOPMA 2016 di Megalanes Bowling Centre hari ini.

Secara keseluruhannya, Selangor menjuarai bagi acara tenpin boling dengan meraih empat emas, manakala Sarawak di tempat yang kedua sementara Sabah ketiga.

SF

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda