Skip to main content
HomeViral

Harimau Malaysia Bertanding Piala AFF Suzuki di Myanmar

By 25 November 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

PUTRAJAYA, 25 Nov — Kabinet memutuskan skuad Harimau Malaysia akan terus bertanding dalam saingan bola sepak Piala AFF Suzuki di Yangon, Myanmar.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata kerajaan akan menggunakan cara lain untuk membantah kekejaman terhadap etnik Rohingya di Rakhine.

“Kabinet membincangkan situasi yang dihadapi masyarakat Rohingya di Myanmar. Kami membincangkan apa tindakan Malaysia termasuk memboikot Piala AFF yang sedang berlangsung.

“Kabinet memutuskan untuk tidak menarik diri pada kejohanan itu dan akan menggunakan cara lain bagi meningkatkan kebimbangan serta meminta tindakan diambil supaya apa sahaja yang berlaku di Rakhine akan dihentikan.

“Tindakan diplomatik seterusnya akan diumumkan oleh Kementerian Luar,” kata Khairy kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat Kabinet.

Khairy berkata kerajaan juga sedar bahawa tindakan memboikot perlawanan itu akan memberi risiko kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia di mana badan induk bola sepak negara itu boleh digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Kami amat bimbang dengan apa yang berlaku di Myanmar tetapi kita juga sedar hukuman oleh FIFA,” katanya.

 

-MStar

Tinggalkan komen anda