Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohorViral

ADUN Buloh Kasap Turun Tangani Permasalahan Orang Asli

By 19 November 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Norhasliza Hamzah (Segamat)

SEGAMAT, 19 November (Malaysiaaktif) – Satu sesi soal jawab telah diadakan bagi membolehkan masyarakat orang asli di Kampung Puting di sini menyuarakan permasalah mereka dan membantu pihak berwajib menyelesaikan pelbagai isu, terutama berkaitan pendaftaran kad pengenalan dan bantuan kebajikan.

Sesi pada Rabu lepas itu dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Buloh Kasap, Norshida Ibrahim bersama pihak jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Norshida ia bertujuan menyantuni masyarakat orang asli setempat dengan melibatkan jabatan kerajaan bagi memudahkan mereka.

“Program yang melibatkan masyarakat orang asli ini mendapat respon baik,” ujarnya.

Norshida berkata demikian ketika merasmikan sesi tersebut  di perkarangan Balairaya Kg Putting.

Beliau turut menyampaikan sumbangan beras kepada seramai 55 orang ketua keluarga masyarakat orang asli.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda